Idris gesa 681,176 alumni UiTM isi TP1B

Idris gesa 681,176 alumni UiTM isi TP1B
Idris melancarkan  sistem ‘Jom Pay’ untuk menyumbang ke Yayasan Budiman UiTM.

 

Oleh Norila Daud

 

SHAH ALAM 18 NOV – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menggesa alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjumlah  681,176 supaya menyumbang ke Tabung Pendidikan 1Bilion (TP1B) bagi membantu anak-anak bangsa yang cemerlang mendapat pendidikan terbaik dan menjadi pelaku global.

Sehubungan itu, Idris memohon agar Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM) yang dipimpin Datuk Zaini Hassan selaku presidennya  menggerakkan tabung itu dengan memohon jasa baik setiap alumni menabung sebanyak RM2,000 secara ansuran atau tunai untuk mendapatkan jumlah RM1.3 bilion.

img_8076

Para penyumbang Yayasan Budiman UiTM merakam gambar bersama-sama Idris Jusoh dan Hassan Said pada Malam Simfoni Kasih malam kelmarin.

 

img_8148

Man Bai antara penyanyi yang menghiburkan para tetamu di DATC, UiTM, Shah Alam.

 

TP1B dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2015 bagi tujuan pendidikan, kebajikan, biasiswa dan penyelidikan ilmiah.

Menurut beliau, jumlah sebanyak itu tidak mustahil dikutip daripada alumni yang cemerlang dan berjaya dalam bidang-bidang yang mereka ceburi hari ini.

“UiTM ditubuhkan 60 tahun lalu bukan untuk melahirkan graduan yang “mediocre” atau sederhana tetapi yang cemerlang dan berjaya . UiTM diyakini boleh menjadi lebih cemerlang  dan seterusnya  melahirkan  ramai tenaga professional dan usahawan bertaraf  ‘billionaire’ dan ‘trillioaire’ dalam masa terdekat.

img_8156

Apakah agaknya yang melucukan sehingga Zaini (dua kanan) ketawa di majlis anjuran Yayasan Budiman UiTM malam kelmarin.

 

“Jika orang lain boleh menjadi pelaku global mengapa tidak anak-anak bangsa yang dilahirkan oleh UiTM? Jika Jack Ma yang menjalankan perniagaan berasaskan Internet di China mampu memiliki aset bernilai RM120 bilion, mengapa tidak anak-anak bangsa kita?” tanya Idris kepada para tetamu yang hadir pada Malam Simfoni Kasih anjuran Yayasan Budiman UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam malam tadi.

Turut hadir di majlis itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said, Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan dan 1,000 tetamu jemputan khas.

Idris menambah, anak-anak bangsa (Melayu) tidak akan berjaya sekiranya tidak percaya pada diri  sendiri.

“Sebagai contoh, Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana mempercayai diri dan kebolehannya. Saya hanya menyentuh tentang sikap Trump yang percaya di atas kebolehannya dan bukan daripada aspek lain. Ini adalah hasil daripada satu tindakan “soaring upwards” iaitu sosialisasi dan budaya yang baik iaitu maju dengan cara cepat dan selamat,” tegas menteri itu.

img_8190

Para penari dari kumpulan seni dan budaya UiTM turut memberi persembahan pada malam tersebut.

 

Majlis ‘Malam Simfoni Kasih’ itu turut menyaksikan  beberapa penyanyi terkenal antaranya Datuk M. Nasir, Datin Alyah, Man Bai dan Aris Ariwatan menghiburkan para hadirin selain majlis penyampaian sumbangan daripada pelbagai pihak untuk Yayasan Budiman UiTM berjumlah melebihi RM400,000.

Malam Simfoni Kasih adalah antara Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke-60  UiTM Ke-60, yang mula diadakan 14 Oktober lalu.

img_8141

Mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (empat kanan) turut hadir pada majlis penuh warn-warni itu.

 

img_8143

Sebahagian tetamu yang hadir pada Malam Simfoni Kasih di Dewan agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM, Shah Alam.

 

img_8145

Antara tetamu yang hadir pada majlis itu.

 

img_8119

Datin Dr. Sarimah (isteri Zaini) bersama-sama isteri tetamu kehormat lain yang hadir pada Malam Simfoni Kasih.

 

img_8130

Dr. Zulkifli Abd. Latif (kiri) dari Fakulti Komunikasi dan Kajian Media turut hadir pada majlis itu.

 

img_8137

Antara Exco PAUiTM yang hadir pada Malam Simfoni Kasih di UiTM,Shah Alam malam kelmarin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.