Tawaran Program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Tawaran Program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (“Yayasan Peneraju”) merupakan satu inisiatif di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Ia bertujuan untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.

Terdapat tiga (3) program teras utama Yayasan Peneraju, iaitu Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional. Bagi Peneraju Profesional, terdapat beberapa program yang ditawarkan bagi memperoleh sijil profesional dalam bidang teknologi maklumat, perakaunan, kejuruteraan dan sebagainya secara sepenuh masa atau separuh masa bagi memenuhi aspirasi negara untuk menambah bilangan Bumiputera yang memiliki kelayakan profesional menjelang 2020.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Peneraju kini sedang membuka permohonan bagi program Peneraju Profesional Pensijilan SAP dan Peneraju Profesional Big Data bagi kemasukan Disember 2016.
big-data

pensijilan-sap

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.