[VIDEO] Kem Pintar TP1B: Pelajar dibekalkan ilmu secukupnya hadapi SPM

[VIDEO] Kem Pintar TP1B: Pelajar dibekalkan ilmu secukupnya hadapi SPM
Fasilitator Azlan Mubin memberi kata-kata semangat kepada para peserta sebelum memulakan aktiviti di luar kelas.

 

 

Oleh Norila Daud

 

BANTING, 7 Dis  —  Seramai 46 pelajar yang menyertai Kem Pintar Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B)  2016  pada 3 hingga 7 Disember di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Paya Indah di sini berjaya melalui ujian minda dan fizikal selaras tema “Mencapai Potensi Anda” sebelum menduduki  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017.

Kem pintar kali kedua ini adalah anjuran bersama TP1B dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) dengan tujuan membantu pelajar membuat persiapan rapi sebelum menduduki SPM.  Terdahulu program serupa diadakan di Kolej Angsana , UiTM Puncak Alam, Shah Alam pada 29 Mei hingga 1 Jun 2016.

img_8335

Azlina Ahmad (berbaju merah jambu) dan disebelahnya, penganalisis sistem, Roslan Ahmad bersama-sama peserta dan fasilitator Kem Pintar TP1B di Kem PLKN Paya Indah, Banting, Selangor.

 

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur,  Datin Sri Azlina Ahmad berkata, kem pintar sessi kedua ini  masih lagi menumpukan kepada tiga subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Fiziks dan Matematik Tambahan.

Beliau berkata, kali ini diadakan bengkel di mana peserta diberi lebih banyak latihan amali dan pemahaman yang lebih mendalam dalam sesuatu subjek menerusi kerja berkumpulan. Sessi penerangan dan pendedahan kepada hala tuju untuk memasuki universiti dan kaunseling karier turut diadakan.

img_8317

Para peserta memberi tumpuan serius untuk menjawab soalan-soalan secara berkumpulan.

 

Pengisian program selama lima hari itu antaranya termasuk Bengkel Teater Pembaca Bahasa Inggeris yang dijayakan Rosalind Xaviour (Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UiTM) dan pasukannya;  Waktu dan Pengurusan Stres dan Kemahiran Kepemimpinan Melalui Aktiviti Luar, dikendalikan Dr. Mawarni Mohamed (Koodinator Program Pendidikan Kesihatan dan Jasmani, Fakulti Pendidikan UiTM) Fizik dan Bengkel Sains dipimpin oleh Roslan Ahmad (penganalisis sistem);  Kemahiran Belajar disampaikan oleh Mohamad Soder Rahmad (Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling , Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM);   Kaunseling Karier oleh Rosli Ali (Kaunselor, Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM) dan pasukannya serta Selangkah Ke Universiti oleh Dr. Azlan Wildan (penceramah motivasi).

img_8347

Peserta melakukan aksi bebas untuk menghilangkan stres selepas mengikuti bengkel fizik dalam kelas.

 

Azlina menambah, memandangkan kumpulan pelajar tersebut  akan menduduki peperiksaan SPM tahun hadapan,  mereka perlu diberi kemahiran untuk belajar dengan betul dan mengurus waktu supaya apa yang dilakukan berada dalam jadual yang ditetapkan.

“Kali ini peserta terlibat dengan lebih mendalam dalam sessi pembelajaran Bahasa Inggeris. Mereka menulis skrip sendiri dan menghayati apa yang dihasilkan dengan bantuan 18 ahli yang dibawa bersama Rosalind Xaviour,” katanya yang ditemui di PLKN, Paya Indah baru-baru ini.

Dalam sessi kaunseling karier pula, jelas Azlina, peserta perlu menduduki ujian mudah bagi mengetahui kecenderungan mereka ke arah bidang dan karier yang dipilih.

img_8353

Sekumpulan fasilitator yang turut membantu menjayakan Kem Pintar TP1B yang diadakan selama lima hari dengan diketuai Azlina Ahmad.

 

Azlina memberitahu, PLKN Paya Indah yang mempunyai kemudahan asas dan tempat  tahan lasak itu dipilih sebagai tempat kem pintar diadakan kali ini untuk mendedahkan peserta kepada suasana yang lebih mencabar, menguji minda serta fizikal mereka.

Dalam pada itu Azlina berharap peserta berjaya mengharungi segala ujian dalam perjalanan yang panjang sebelum memasuki universiti dengan berbekalkan ilmu dan bimbingan yang diperoleh pada kedua-dua kem pintar itu.

az1

Datin Sri Azlina Ahmad menyampaikan hadiah kepada Hanis Shamsuddin dari SMK Sultan Badlishah,Kulim Kedah (kanan) yang muncul sebagai pelajar terbaik perempuan Kem Pintar TP1B 2016 sessi kedua.

 

az2

Pelajar terbaik lelaki Kem Pintar TP1B sessi kedua, Mohd. Amirul Amin Mohd. Munir dari SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak menerima hadiah daripada Datin Seri Azlina Ahmad.

 

Sementara itu kebanyakan daripada para pelajar yang terpilih untuk mengikuti Kem Pintar TP1B 2016 adalah pelajar cemerlang yang memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2015.

Mereka juga adalah pelajar Sekolah Bestari yang terpilih dari seluruh Malaysia dan berasal daripada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.

 

a2904b66-0a28-4dbe-a1c7-82d79074b507

Antara aktiviti merentas halangan yang diadakan di sekitar kem PLKN Paya Indah, Banting.

 

8f04c24d-5617-4789-8d3f-384f7a7af30e

37e96bf6-0c25-49fc-8b6b-1a62fafab08a

Antara aktiviti merentas halangan yang diadakan di sekitar kem PLKN Paya Indah, Banting.

 

9b8db84c-f16b-4066-9a21-60642f81c22b

Masa untuk pulang. Antara pelajar kem pintar yang pulang menaiki pesawat AirAsia di KLIA2.

 

cfc3942e-570c-4151-8021-4f43d9c0f291

Antara aktiviti merentas halangan yang diadakan di sekitar kem PLKN Paya Indah, Banting.

 

e5b4a17f-2c90-4009-a6bc-ff8cd2dd0802

Antara aktiviti merentas halangan yang diadakan di sekitar kem PLKN Paya Indah, Banting.

 

ccef502a-70ed-4531-9644-73edaa7c2f70

Aktiviti “flying fox”antara yg mencabar minda dan fizikal peserta di kem PLKN Paya Indah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.