Perjanjian Persefahaman TP1B-Bank Islam: JomPAY mudahkan pengguna hulur sumbangan   

Perjanjian Persefahaman TP1B-Bank Islam: JomPAY mudahkan pengguna hulur sumbangan   
Zukri Samat menyerahkan cek replika berjumlah RM50,000 untuk TP1B kepada Lodin Wok sambil diperhatikan Zaini Hassan (kiri) dan Mujibburrahman Abdul Rashid di Majlis Pemeteraian Sinergi Bank Islam-Tabung Pendidikan 1Bilion di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur semalam.

 

 

Oleh Norila Daud

 

KUALA LUMPUR 8 Dis – Dengan termeterainya perjanjian persefahaman antara Tabung Pendidikan 1Bilion (TP1B) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) di sini hari ini, pengguna kini boleh menggunakan saluran sumbangan atas talian (online) melalui perkhidmatan JomPAY.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani bersama Timbalan Pengerusi TP1B merangkap Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Datuk Mohd. Zaini Hassan dengan Ketua Perbankan Pengguna Bank Islam, Mujibburrahman Abdul Rashid bagi pihak Bank Islam. Upacara itu disaksikan Pengerusi TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat.

img_8468

Zaini (kiri) bertukar dokumen dengan Mujibburrahman setelah menandatangani perjanjian persefahaman antara TP1B dan Bank Islam.

 

Sementara itu Lodin Wok berharap dengan termeterainya perjanjian itu, orang awam khusus  650,000 alumni yang dilahirkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak ditubuhkan 60 tahun lalu,menyumbang kepada TP1B menerusi JomPAY yang lebih mudah, cepat dan efisien.

“Kami menyanjung tinggi dan mengucapkan syabas kepada kakitangan Bank Islam yang juga alumni kerana menyumbang menerusi sistem potongan gaji setiap bulan selain syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan yang menyumbang kepada TP1B sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemeteraian Sinergi Bank Islam – Tabung Pendidikan 1Bilion di sini.

img_8463

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara TP1B yang diwakili Zaini (kiri) dengan Bank Islam yang mewakilkan Mujibburrahman sambil disaksikan Lodin Wok (kanan) dan Zukri Samat.

 

img_8459

: Lodin Wok menyeru alumni UiTM untuk menyalur sumbangan kepada TP1B.

 

Turut hadir, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah TP1B, Exco-exco PAUiTM dan Pengurusan Kanan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Menurut Lodin, majlis menandatangani pemeteraian sinergi antara kedua-dua pihak itu bukan atas sebab perniagaan semata-mata malah lebih kepada jalinan hubungan atas semangat menyumbang semula demi kemajuan pendidikan anak-anak. JomPAY adalah satu kaedah mudah yang diperkenalkan bagi memudahkan proses menyumbang dan pemberian infaq.

“Sejak TP1B dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2015, sebanyak RM11 juta berjaya dikumpul dan sehingga hari ini RM1 juta telah digunakan untuk kerja-kerja pendidikan, kebajikan sosial, pemberian biasiswa dan penyelidikan ilmiah.

img_8447

Zukri Samat memuji usaha pemimpin PAUiTM menggerakkan aktiviti mengisi TP1B.

 

“TP1B menyalur bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang miskin tanpa mengira kaum. Bantuan sebanyak RM20,000 dihuurkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang menghadapi masalah kewangan baru-baru ini.  Selain itu RM200,000 diberikan kepada UiTM untuk tujuan meningkatkan mutu pendidikan di samping membiayai pembelajaran 50 pelajar cemerlang di peringkat sekolah menengah.

“TP1B diwujudkan bagi membantu anak-anak yang serba kekurangan diberi peluang untuk melakar kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan kerjaya yang membolehkan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan,” tegas beliau pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman itu.

Sementara itu, majlis tersebut turut menyaksikan Bank Islam menyumbang sebanyak RM50,000 kepada TP1B yang disampaikan pengarah urusannya, Datuk Seri Zukri Samat kepada Pengerusi TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

img_8438

Antara Exco PAUiTM dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah TP1B yang hadir pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara TP1B-Bank Islam semalam.

 

Zukri turut memberitahu tentang komitmen Bank Islam untuk menyumbang sebanyak RM30,000 setahun selama tiga tahun kepada TP1B mulai tahun 2017. Pada tahun 2015, sejumlah RM200,000  turut disumbangkan kepada tabung tersebut.

Beliau berkata, dengan adanya kemudahan JomPAY, pihaknya menjangka peningkatan sumbangan  sebanyak hampir RM2.5 juta setahun boleh dicapai.

Bank Islam ujarnya turut melaksanakan kempen menggalakkan kakitangan menyumbang kepada TP1B. Berikutan, beberapa kakitangan bersetuju membuat potongan daripada gaji bulanan mereka. Kempen itu mendapat sambutan berikutan 1,231 kakitangan Bank Islam terdiri daripada alumni UiTM.

img_8417

Beberapa kakitangan sekretariat PAUiTM menyusun barang-barang termasuk buku untuk dijual kepada tetamu di Menara Bank Islam.

 

img_8429

Lodin Wok membincangkan sesuatu dengan Zukri Samat sebelum menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman di Menara Bank Islam semalam.

 

img_8473

Lodin Wok dan Zukri Samat menemui para hadirin selepas selesainya majlis menjalin kerjasama antara TP1B dan Bank Islam.

 

img_8476

Barisan pengurusan tertinggi TP1B dan Bank Islam pada sidang media selepas majlis menandatangan perjanjian persefahaman antara TP1B-Bank Islam.

 

img_8492

Beberapa Exco PAUiTM dan pengurusan kanan Bank Islam bergambar kenangan di Menara Bank Islam.

img_8479

Wartawan media bertanyakan beberapa soalan berhubung peranan TP1B membantu pelajar miskin yang cemerlang dalam pendidikan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.