Profesor Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar Meninggal Dunia

Profesor Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 21 Dis – Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Kamaruddin Kachar, 82, telah kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN) di sini malam tadi.

Anak Allahyarham, Datuk Amir Arif berkata, bapanya itu menghembuskan nahas terakhir kira-kira pukul 8.45 malam dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor pagi ini.

Menurut beliau, Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak empat tahun lalu dan semakin teruk sejak sebulan lalu.

“Sebelum menghembuskan nafas, arwah berpesan kepada semua anak-anak supaya menjaga emak dengan baik,” kata anak ketiga Allahyarham ketika dihubungi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Che Tom Osman bersama tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Kamaruddin merupakan tokoh Melayu yang banyak menyumbang dan berbakti kepada negara serta pernah menggalas pelbagai jawatan penting, antaranya Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara), Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.