40 pelajar Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM berniaga di Karnival Keusahawanan II

40 pelajar Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM berniaga di Karnival Keusahawanan II
Sarimah (tengah berbaju merah) dan Zaini Hassan bersama-sama sebahagian 40 pelajar FSR yang terlibat dalam Karnival Keusahawanan 11.

 

Oleh Norila Daud

 

SHAH ALAM, 22 Disember – Tiada yang lebih memanfaatkan  untuk 40 pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) selain daripada mendapat pendedahan dan pengalaman menguruskan perniagaan di Karnival Keusahawanan II, selama dua hari di UiTM, Selangor, Puncak Alam di sini baru-baru ini.

Karnival keusahawanan yang berlangsung dari 20-21 Disember itu adalah lanjutan daripada karnival yang pertama diadakan pada Mei lalu yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga universiti dan orang ramai.

1b5f8f36-2bcf-4aa8-99ac-da4cf3e9e634

Suasana Karnival Keusahawanan di Dewan Serbaguna UiTM Selangor, Puncak Alam baru-baru ini.

 

Timbalan Dekan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN), UiTM, Datin Dr. Sarimah Ismail berkata, sejumlah 40 pelajar tahun kedua di FSR terlibat secara langsung dalam karnival itu, daripada membuat promosi,  mengurus vendor sehinggalah menjual barangan di gerai-gerai dilakukan bagi menimba pengalaman dalam bidang perniagaan.

Menurut Sarimah, walaupun para pelajar terlibat mengikuti silibus Komunikasi Sukan, namun adalah penting bagi mereka mempelajari cara-cara memulakan perniagaan dalam dunia sebenar daripada hanya mempelajarinya secara teori dalam kelas.

d437b9ee-ff49-4de8-be38-6207358b93d0

Zaini Hassan (tengah) yang merasmikan majlis penutupan Karnival Keusahawanan 11 di UiTM Selangor, Puncak Alam semalam.

 

“Mengadakan karnival keusahawanan ini adalah sebahagian daripada usaha UiTM menyahut seruan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menggalakkan para pelajar terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan semasa menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT),”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sarimah juga memberitahu, usaha menganjurkan karnival keusahawanan itu selain untuk menerap elemen “soft skills” seperti berkomunikasi dan amalan perhubungan awam , pelajar juga perlu didedahkan kepada kemahiran dalam bidang perniagaan.

0eaa1f1b-563f-4893-914c-98fa3620a95d

Sebahagian pelajar FSR yang hadir di Majlis Penutupan Karnival Keusahawanan 11 di UiTM, Selangor, Puncak Alam.

 

“Saya menghargai usaha para pelajar yang menjayakan karnival itu kerana hanya dengan menyewakan ruang-ruang niaga di dalam Dewan Serbaguna UiTM, Selangor, Puncak Alam, mereka mampu mengutip lebih kurang RM15,000 dalam tempoh dua hari.

“Peniaga yang menjual kismis juga mampu meraih RM1,000 hanya dalam tempoh sejam setengah berada di ruang niaga. Ini bermakna karnival itu berjaya mencapai matlamatnya. Rata-rata para peniaga berpuas hati dengan hasil pendapatan mereka pada karnival itu ,” kata Sarimah.

5047b0a6-1f49-4d3e-b977-39bf3e031e87

Iskandar Shah Abd. Rahman dijemput berkongsi pengalaman dalam bidang perniagaan dengan pelajar FSR.

 

Selain karnival keusahawanan itu ujar Sarimah, pihaknya turut menjemput Presiden Alumni Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Iskandar Shah Abd. Rahman, seorang usahawan berjaya dalam perniagaan kelengkapan dan peralatan sukan. Beliau yang juga Pengarah Urusan Fitness Resource Sdn. Bhd. turut menceritakan rahsia kejayaannya dalam bidang tersebut kepada para pelajar FSR.

Untuk karnival seterusnya, Sarimah memberitahu, pihaknya akan mengadakan bengkel keusahawanan dengan meminta pihak bank membimbing pelajar cara-cara membuat pinjaman wang dan juga menulis kertas-kerja untuk memulakan perniagaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni UiTM, merangkap Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Zaini Hassan turut hadir untuk merasmikan majlis penutupan karnival keusahawanan yang berakhir semalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.