Persatuan alumni fakulti diminta berdaftar dengan ROS 

Persatuan alumni fakulti diminta berdaftar dengan ROS 
Antara peserta yang mengajukan soalan pada ahli-ahli panel forum.

 

Oleh Norila Daud

Bandar Enstek, Negeri Sembilan – Semua persatuan alumni yang mewakili fakulti masing-masing perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi merealisasikan penubuhan Federasi Alumni UiTM yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Exco dan juga Setiausaha Eksekutif Persatuan Alumni UiTM, Afiza Abdul Aziz yang mewakili presiden persatuan itu, Datuk Zaini Hassan berkata,  semua persatuan alumni perlu didaftarkan mengikut undang-undang.

IMG_8825

Norazam Abu Samah (Mercy Malaysia)

 

IMG_8829

Ahli-ahli panel forum “Melibatkan Komuniti Alumni Untuk Kecemerlangan Universiti” yang diadakan di ILD, Bandar Enstek baru-baru ini.

 

IMG_8810

Dr Rokiah Omar (UKM).

“Dengan pendaftaran itu, struktur persatuan yang melibatkan kepemimpinan, kewangan dan juga  sumbangan alumni secara sukarela kepada UiTM dan komuniti akan menjadi lebih kukuh dan berterusan,” katanya pada forum “Melibatkan Komuniti Alumni Untuk Kecemerlangan Universiti” di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) di sini baru-baru ini.

Forum itu diadakan sempena Mesyuarat MeTIC Ke-4 2017 yang mengumpulkan lebih 70 peserta  antaranya timbalan dekan, timbalan rektor dan koordinator penyelidikan dan jaringan industri dalam seluruh sistem fakulti dan kampus cawangan UiTM.

Forum dan bengkel yang diadakan pada 7 dan 8 Februari itu antara lain membincangkan untuk menambah baik tadbir urus Hubungan Industri Komuniti Alumni Keusahawanan (ICAEN) yang diterajui Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Zaini Abdullah.

IMG_8836

Syed Yusof Syed Kecik (USM)

 

IMG_8839

Moderator forum, Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Penolong Naib Canselor Bahagian Strategik, Pejabat Naib Canselor UiTM yang menceriakan suasana dengan komen-komen bernas beliau.

 

IMG_8841

Afiza Abdul Aziz (PAUiTM)

 

Menurut Pengarah Komuniti Industri dan Jaringan Alumni (ICAN) Prof. Madya Dr. Sofian Shamsuddin, inilah kali pertama forum dan bengkel umpama itu menjemput pihak industri dan komuniti luar antaranya alumni dan wakil-wakil Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) , badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak berkepentingan untuk mendapatkan input terkini.

Sementara itu Pengarah Kolaborasi Masyarakat dan Industri, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM), Syed Yusof Syed Kechik berkata, jalinan kerjasama pihak universiti dengan komuniti tempatan amat penting kerana terdapat sesetengah golongan akademik beranggapan mereka arif tentang komuniti.

“Akibat daripada sikap tersebut, projek komuniti yang dilaksanakan di sesuatu tempat tidak mendapat sambutan dan seterusnya gagal mendapat hasil seperti yang diperlukan,” jelasnya.

IMG_8850

Peserta yang turut meminta ahli-ahli panel memberi pencerahan kepada beberapa persoalan yang diajukannya.

 

IMG_8846

Sebahagian peserta yang hadir pada forum anjuran ICAEN.

Selain itu katanya, pihak universiti perlu menerapkan nilai-nilai kesarjanaan dalam projek komuniti yang dilaksanakan bagi membezakan peranannya daripada pihak-pihak lain yang juga melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Anggota yang terlibat dalam kerja-kerja komuniti perlu mengelakkan diri daripada sebarang sentimen dan aspirasi politik kerana yang penting dapat membantu dan melindungi anggota masyarakat dengan cara terbaik,” katanya pada forum itu.

Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Rokiah Omar berkata, fakulti yang terlibat dengan kerja-kerja komuniti perlu mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri.

Rokiah memberitahu, antara negeri yang menandatangani perjanjian untuk melaksanakan projek komuniti berimpak tinggi dan tersusun bersama-sama UKM ialah Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

“Kini lebih ramai golongan muda terlibat dalam kerja-kerja kesukarelawanan dalam projek-projek yang tersusun. Setiap fakulti di UKM mempunyai acara khidmat pelajar di samping terdapat beberapa kursus yang memerlukan aktiviti kesukarelawanan untuk memenuhi nilai syarat-syarat lulus,” ujarnya.

“Pihak Mercy Malaysia membuat kajian dan perancangan terlebih dahulu sebelum menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk tugas-tugas kesukarelawanan bagi membantu mangsa-mangsa bencana besar di dalam dan luar negara”, jelas Norazam Abu Samah, Pengarah Pembangunan Program dan Operasi, Mercy Malaysia.

Mengenai jumlah tenaga muda terlibat dengan kerja-kerja sukarela, Norazam memberitahu, ramai graduan yang tidak mempunyai pekerjaan datang ke Mercy Malaysia untuk mendaftar diri sebagai sukarelawan dan seterusnya menjalani latihan dalam program bencana berasaskan komuniti dan pengurusan bencana.

Pelajar atau graduan universiti tambahnya, digalak melibatkan diri dalam kerja-kerja kesukarelawanan bagi menambah baik kemahiran berkomunikasi di samping dapat membantu masyarakat dengan cara yang lebih baik dan berkesan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.