Tahniah Kepada Ahli Lembaga Pengarah UITM, Datuk Mohaiyani Shamsuddin Di Atas Pelantikan Sebagai Pengerusi Maybank

Tahniah Kepada Ahli Lembaga Pengarah UITM, Datuk Mohaiyani Shamsuddin Di Atas Pelantikan Sebagai Pengerusi Maybank

Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengucap tahniah di atas pelantikan, Ahli Lembaga Pengarah UITM, YBhg Datuk Mohaiyani Shamsuddin sebagai Pengerusi baharu Maybank yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2017.

Pelantikan ini amat bertepatan kerana beliau bukan orang asing dalam sektor perkhidmatan kewangan setelah menubuhkan Mohaini Securities pada 1985 dan seterusnya berganjak untuk berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi KLSE dan Pengerusi Persatuan Syarikat-Syarikat Broker Saham Malaysia.

Datuk Mohaiyani juga pernah dilantik menjadi ahli Lembaga Maybank sejak 2011dan Pengerusi Maybank Investment Bank pada 2016.

Pelantikan ini menjadikan Mohaiyani sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai pengerusi lembaga utama syarikat tersenarai awam terbesar di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.