Tahniah Kepada Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly Atas Pelantikan Sebagai Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM

Tahniah Kepada Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly Atas Pelantikan Sebagai Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM

Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) berkuasa dari 1 Mei 2017.

Pelantikan beliau berikutan persaraan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan TM pada 30 April 2017.

Shazalli merupakan alumni dalam jurusan Kajian Perniagaan dan Pengurusan, ITM cawangan Perlis pada 1982. Beliau juga adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Pemasaran) dari Indiana University, Bloomington, Indiana Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari St. Louis University, AS.

Beliau pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau-Asia Tenggara (Kumpulan Axiata) sebelum menerajui Celcom Axiata Berhad sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif selama 11 tahun sejak 2005.

Sebelum ke industri telekomunikasi,  Shazalli bergiat cergas dalam industri Fast Moving Consumer Goods (FMCG) sebagai pencipta pelbagai kempen pemasaran terkemuka dalam Kumpulan Lever Brothers.

Pada November 2016  beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Alumni UiTM sempena Malam Simfoni Kasih anjuran Yayasan Budiman UiTM.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.