Kem Pintar TP1B:  99 pelajar dibimbing guru pakar hadapi SPM

Kem Pintar TP1B:  99 pelajar dibimbing guru pakar hadapi SPM
Kaunselor melakukan beberapa gerakan jari sebagai simbol untuk menyuntik semangat pelajar berfikiran positif.

 

Oleh Norila Daud

 

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 99 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)  terpilih mengikuti Kem Pintar Tabung Pendidikan 1Bilion (TP1B) 2017 selama empat hari mulai 20  Mach lalu di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan.

Mereka menganggotai dua kumpulan iaitu 46 orang pelajar tingkatan lima dan 53 lagi dalam tingkatan empat. Mereka dibimbing dan diberi khidmat nasihat oleh beberapa tenaga pakar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

IMG_9117

Tengku Ahmad Wahidudin Tengku Ahmad Eldrien meceritakan kisahnya membantu datuk dan neneknya di rumah pada sessi “Pengurusan Waktu” yang dikendalikan Mawarni Mohamed.

IMG_9109

Fatimah menerangkan formula yang perlu digunakan ketika menjawab soalan subjek kimia pada bengkel Kem Pintar TP1B di ILD, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Unit Pendidikan TP1B, Datin Sri Azlina Ahmad berkata, pelajar tersebut dibahagikan kepada  kumpulan senior yang akan menduduki SPM tahun ini manakala junior bagi yang baharu mendapat keputusan PT3. Kebanyakan mereka adalah pelajar sekolah bestari dari seluruh negara.

Menurut Azlina, sebelum pendekatan mengajar ditentukan, perbincangan diadakan dengan tenaga pengajar bagi mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dalam subjek aliran sains seperti kimia, matematik tambahan, fizik selain bahasa Inggeris.

IMG_9124

Pelajar bersoal-jawab bagaimana mendapat jawapan kepada beberapa soalan kimia pada sessi bengkel untuk kumpulan pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

IMG_9127

Dr. Mawarni Mohamed

“Kami  berbincang untuk mendapatkan pendekatan paling berkesan untuk mengajar cara paling mudah menjawab soalan peperiksaan,” katanya di ILD baru-baru ini.

Beliau menambah, sesi ini dibahagikan kepada penyertaan dalam kelas dan disusuli bengkel untuk pemahaman lebih baik menerusi perbincangan dan persembahan. Mereka juga diajar cara mudah untuk  berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Untuk kumpulan yang akan mengambil peperiksaan SPM akhir tahun ini, kata Azlina, bengkel untuk subjek kimia dan matematik tambahan ditumpukan dalam tempoh dua hari.

IMG_9130

Dr. Fatimah Salim

IMG_9242

Mohamed Soder menerangkan kepada pelajar tentang pentingnya memberi tumpuan kepada subjek-subjek tertentu sebelum menduduki SPM sebagai persediaan memenuhi kelayakan mengikuti sesuatu kursus di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Bagi kumpulan senior, Kem Pintar TP1B 2017 adalah sesi ketiga selepas menyertainya sebanyak dua kali pada awal dan penghujung tahun 2016.

Sementara itu  ramai dalam kalangan pelajar tidak faham mengapa mereka perlu belajar subjek kimia di sekolah dan seterusnya tidak jelas apakah kegunaannya di dalam kehidupan seharian.

Berikutan, hampir 40 peratus daripada para pelajar senior yang mengikuti Kem Pintar TP1B anjuran Persatuan Alumni UiTM yang lalu, gagal dalam ujian di sekolah.

Menurut Ahli Tetap, Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns) UiTM, Dr. Fatimah Salim, kimia sebenarnya diaplikasikan setiap hari dalam hidup dan ia adalah asas ilmu kaji hayat (biologi).

IMG_9248

Kaunselor (berbaju hijau) mendengar cerita seorang pelajar pada sessi kumpulan, Kem Pintar TP1B di ILD baru-baru ini.

IMG_9261

Para pelajar menaiki bas untuk pulang ke rumah masing-masing selepas menghadiri Kem Pintar TP1B, 2017 baru-baru ini.

Katanya, tanpa kimia seseorang itu tidak akan memahami dengan jelas tentang biologi dan anggota badan manusia. Kebanyakan pelajar menganggap subjek kimia itu susah.

“Guru-guru kimia di sekolah sepatutnya membuat analogi tentang kajian yang dilakukan dalam makmal dan apakah yang terjadi. Mereka perlu membuat kajian kes dan melakukan penambahbaikan lantas diterangkan kepada pelajar,” katanya ketika ditemui di ILD baru-baru ini.

Beliau salah seorang pensyarah yang mengendalikan subjek kimia untuk 39 orang pelajar yang terpilih mengikuti Kem Pintar TP1B bagi sesi ketiga sebelum menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Menurut Fatimah, pelajar mesti membaca kesemua silibus tetapi tidak perlu mengingati kesemuanya. Apa yang penting ialah memahami teori dan apabila soalan diajukan pelajar dengan mudah akan mengingatinya untuk diaplikasikan.

IMG_9267 - Copy

Datin Sri Azlina Ahmad melihat gelagat para pelajar yang bersedihan untuk berpisah dengan rakan-rakan mereka selepas menamatkan Kem Pintar TP1B selama empat hari di ILB.

IMG_9270

Beberapa pelajar dari Sabah dan Sarawak menaiki bas untuk ke KLIA2 sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Sementara dalam sesi menjawab soalan dan menerangkan kepada kawan-kawan bagaimana jawapan diperoleh, Fatimah mendapati daripada 39 orangpelajar, terdapat lebih daripada lima pelajar  benar-benar faham soalan dan menerangkan kepada rakan-rakan lain.

“Dalam sesi bengkel ini, saya tidak pentingkan kuantiti tetapi kualiti. Jika hanya seorang atau dua yang benar-benar faham dan mereka boleh menerangkan kepada rakan-rakan lain cara mereka mendapat jawapan, saya kira itu sudah memadai,” ujarnya.

Pensyarah Kanan,  Koordinator Fakulti Pendidikan (Fizikal dan Pendidikan Kesihatan), UiTM, Dr. Mawarni Mohamed pula berkata,  sesi pengurusan waktu bukan hanya untuk menerangkan kepada pelajar tentang maksudnya malah lebih kepada membuka minda dan bagi mereka memahami diri sendiri.

“Pengurusan waktu meliputi perkara yang menjadi keutamaan, kebebasan dan melibatkan rakan-rakan sekeliling, ahli keluarga dan guru-guru. Pengurusan waktu bukan hanya melibatkan diri mereka sahaja malahan melakukan sesuatu dengan bantuan dan sokongan daripada orang sekeliling,” katanya.

Jelas Mawarni, pengurusan waktu perkara asas untuk diri sendiri dan tidak boleh mengikut cara orang lain.

Mawarni yang mengendalikan sessi itu untuk 54 orang pelajar tingkatan empat berkata, seseorang pelajar itu perlu menyeimbangkan kehidupan mereka antara melakukan tugas-tugas sekolah, bersukan dan bersenam untuk mendapatkan anggota dan fikiran yang sihat.

Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM, Mohamed Soder Rahmad berkata, calon-calon SPM perlu mengetahui terlebih dahulu kursus yang akan diambil di institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mengambil peperiksaan itu.

“Setelah yakin dan pasti tentang kursus yang akan diambil, pelajar perlu memberi tumpuan kepada subjek-subjek yang diperlukan untuk melayakkan mereka mengikutinya di IPT nanti,” jelasnya di ILD baru-baru ini.

Menurutnya, tiga faktor iaitu kelayakan, bakat dan minat akan menentukan seseorang pelajar itu  berjaya dalam kursus yang diambil di IPT.

Mohamed Soder menambah, terdapat dua jenis kelayakan iaitu untuk fakulti dan universiti (UPU). Pelajar boleh mendapatkan syarat-syarat kelayakan untuk mengikuti sesuatu kursus dengan melayari laman sesawang berkenaan.

Pelajar juga dinasihatkan supaya tidak bekerja selepas menduduki SPM kerana walaupun gagal memasuki IPT, mereka tetap berpeluang melanjutkan pelajaran sama ada berasaskan akademik mahupun kemahiran di kolej dan politeknik di dalam negara.

Sebanyak 50 peratus daripada pelajar lulusan SPM lebih gemar mengambil kursus tahap diploma yang sesuai dengan kelayakan dan minat mereka. Terdapat juga pelajar yang mengambil asasi dan matrikulasi kerana tempoh pembelajaran lebih singkat, hanya setahun sebelum ke IPT (kecuali UIAM).

Pelajar lulusan diploma juga digalakkan melanjutkan pengajian sehingga peringkat ijazah berikutan perbezaan gaji antara diploma dan ijazah adalah jauh. Peluang untuk pemegang ijazah dinaikkan  pangkat di jabatan-jabatan kerajaan juga adalah lebih cerah berbanding pemegang diploma.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.