[VIDEO] APA KATA GEN Y? | UITM Machang, Kelantan

Antara keratan intipati idea dan pandangan saya selaku panel siswa yang telah saya pantulkan di Forum Apa Kata Gen Y bertemakan Negara Bangsa: Antara Realiti dan Ilusi di Dewan Profesional, UiTM Kelantan pada 22 Oktober 2015 yang lalu.

1. Kita mungkin tiada bangsa Malaysia, tapi kita ada rakyat yang boleh kita bentuk untuk dijadikan bangsa Malaysia.

2. Gen Y telah dididik dengan Rukun Negara dari bangku tadika.

3. Gen Z kurang memahami Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

4. Berlaku masalah komunikasi di antara Gen Baby Boomers dan Gen X dengan Gen Y dan Gen Z.

5. Gen Y energetik, tetapi apabila mereka mempunyai pandangan yang berbeza, mereka dilabel sebagai tidak patriotik.

6. Rakyat Indonesia dapat memahami pancasila dari Perkara 1 hingga 10 kerana mereka mendapat pendidikan Pancasila secara betul.

7. Kita perlu terima hakikat bahawa sistem pendidikan di Malaysia kurang fokus kepada fungsi Rukun Negara, penghayatan Perlembagaan Perseketuan dan kewujudan Negara Bangsa.

8.Jati diri adalah satu ciri yang perlu ada untuk mewujudkan sebuah Negara Bangsa.

9. Patriotisme perlu ada tiap waktu dalam diri semua rakyat Malaysia semudah memakai baju jalur gemilang.

10. Gen Y perlu dijemput untuk pembinaan dasar kerana suara mereka perlu didengar.

11. Baby Boomers dan Gen X tidak perlu takut dengan kebangkitan Gen Y.

12. Gen Y perlu diberi peluang untuk menerima ilmu menggunakan kaedah tersendiri.

Rasa kerdil apabila berada di antara dua orang tokoh hebat yang amat saya kagumi selama ini, Dato’ Zaini Hassan dan Prof. Madya Dato’ Dr. Agus Yusof. Namun itu lah serba sedikit pandangan Generasi Y yang saya luahkan di platform yang saya kira sesuai untuk diluahkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.