Datuk Paduka Ibrahim lulus PhD

Datuk Paduka Ibrahim lulus PhD

Persatuan Alumni UiTM Malaysia mengucapkan tahniah kepada Presiden Perkasa Malaysia, Ybhg Dato Paduka Ibrahim Ali atas kejayaan melayakkan diri untuk menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada University Of Technology, Cambodia hari ini.

Beliau telah lulus peperiksaan Vica Voce berdasarkan kajiannya, “Affirmative Action for Indigenous Needs: Case Study of Universiti Teknologi MARA’ dalam program berkenaan.

07777c44-0ce4-455d-9590-cf187b1b3054

Datuk Paduka Ibrahim akan menerima ijazahnya semasa Majlis Konvokesyen/Graduasi Universiti tersebut pada Oktober 2017 atau 2018 daripada Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen.

Dengan ini beliau bergelar Dato Paduka Dr Ibrahim Ali.

Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali merupakan seorang bekas Ahli Lembaga Pengarah UiTM dan bekas pemimpin pelajar pada tahun 1970an serta memperjuangankan peningkatan status ITM kepada sebuah universiti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.