Persatuan alumni jadi aset intelektual mantapkan kedudukan UiTM – Prof. Dr. Zaini

Persatuan alumni jadi aset intelektual mantapkan kedudukan UiTM – Prof. Dr. Zaini
Sebahagian Exco PAUiTM bergambar kenangan selepas mesyuarat agung tahunan 2016.

 

Oleh Norila Daud

Sri Kembangan 22 April –Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Zaini Abdullah menyifatkan penubuhan beberapa persatuan alumni di universiti itu sebagai  aset intelektual yang menjadi harapan bangsa ke arah memantapkan kedudukan UiTM dan negara amnya.

Zaini berkata, kita perlu berbangga kerana UiTM memberi peluang kepada alumni  menubuhkan persatuan berikutan UiTM sangat dekat di hati masing-masing.

IMG_9504

Penyatuan alumni UiTM… Barisan kepemimpinan PAUiTM bersama ahli-ahli dan para tetamu yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan bergambar kenangan di luar dewan mesyuarat.

IMG_9508

Serius… Zaini membincangkan sesuatu dengan seorang ahli PAUiTM selepas mesyuarat agung.

Menurut beliau, dengan cadangan mewujudkan sebuah persekutuan alumni yang menyatukan semua persatuan  di bawah satu payung dalam masa terdekat, UiTM akan menjadi sebuah universiti terhebat di dunia dengan kekuatannya tersendiri.

“Penubuhan Persekutuan Alumni UiTM sepatutnya dilancarkan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2016, Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM) hari ini tetapi kita terpaksa menundanya kerana masih menjalani proses untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS), Lembaga Pengarah Universiti (LPU) selain mematuhi Akta Universiti,”katanya .

IMG_9483

Barisan Exco PAUiTM memberi perhatian serius semasa mesyuarat agung tahunan.

IMG_9495

Seorang ahli mengajukan soalan kepada Exco PAUiTM.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2016 PAUiTM di Mines Resort & Golf Club di sini pagi ini.

Mesyuarat itu dihadiri 75 ahlinya yang mewakili pelbagai persatuan alumni  dari seluruh negara.

Berhubung pertemuan pihaknya dengan para pemimpin beberapa persatuan alumni di UiTM pada 17 April, Zaini berkata, terdapat dalam kalangan mereka yang masih tidak jelas dengan objektif penubuhan persekutuan dan ada juga persatuan yang masih tidak berdaftar dengan ROS.

IMG_9462

Sebahagian yang hadir pada mesyuarat agung PAUiTM.

Sehubungan itu pihaknya akan membantu memautkan persatuan-persatuan berkenaan supaya beroperasi berlandaskan undang-undang . Kita akan wujudkan jaringan pintar dengan persatuan-persatuan supaya ianya boleh kekal menjalankan aktivitinya.

“Dengan penambahbaikan dan penjenamaan baharu yang akan dilakukan barisan kepemimpinan PAUiM,  saya yakin Persekutuan Alumni UiTM yang ditubuhkan nanti akan mempunyai jumlah ahli terbesar berbanding universiti lain di negara ini.

“Persekutuan Alumni UiTM akan bergerak lebih terarah dan ini akan menentukan kesinambungan kepada perkembangan pendidikan anak-anak bangsa di negara ini,” ujarnya.

IMG_9452

Zaini Hassan menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2016 di Mines Resort & Golf Club, Sri Kembangan, Selangor pagi tadi.

IMG_9455

Zaini Abdullah yang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2016 PAUiTM menyampaikan ucapannya.

Terdahulu, Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan dalam ucapannya berkata,  sebagai sebuah persatuan pihaknya sentiasa bekerjasama dan menjalin hubungan rapat dengan  pejabat Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN) UiTM.

Beliau berkata, PAUiTM bagi pihak Tabung Pendidikan 1Bilion (TP1B) akan menyerahkan cek bernilai RM200 ,000 kepada ICAEN dalam masa terdekat untuk tujuan aktiviti penyelidikan atau program-program berbentuk ilmiah.

IMG_9441

Para tetamu dan ahli-ahi PAUiTM menikmati sarapan pagi sebelum mesyuarat agung dimulakan.

Menurut Zaini,  PAUiTM akan menyumbang wang zakat kepada 200 asnaf yang terdiri daripada para siswazah, anak-anak alumni dan kakitangan UiTM tahun ini. Alumni yang berniat mengeluarkan zakat boleh menyalurkan sumbangan melalui program ‘Berikan Ceria di Hari Mulia’.

Zaini menambah, ‘Siri Wacana PAUiTM 2017’ diadakan bertujuan memperkayakan minda dan pemikiran anak-anak bangsa dengan mengetengahkan topik-topik semasa yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat masakini.

IMG_9469

Zaini Hassan menyampaikan cenderahati berupa pokok durian hibrid yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun kepada Zaini Abdullah setelah menyempurnakan acara perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAUiTM 2016 pagi tadi.

IMG_9477

Bergambar kenangan… Zaini Hassan (enam kiri) bersama Zaini Abdullah disebelahnya selepas acara perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAUiTM.

Wacana itu katanya, bermula dengan forum ‘Polemik Memperkasakan Mahkamah Syariah dan Perundangan Syariah di Malaysia’  pada 8 Mach dengan kerjasama Fakulti Undang-undang, UiTM.

Aktiviti  ‘Kem Pintar TP1B’ pula kata Zaini, dilaksanakan urusetia PAUiTM sejak 2016. Kem tersebut melibatkan 101 pelajar yang menerima dermasiswa dari TP1B. Kem pintar ini menekankan kaedah pembelajaran subjek-subjek utama seperti matematik dan sains serta program motivasi dan kaunseling.

IMG_9460

Ahli-ahli PAUiTM menumpukan perhatian kepada perbincangan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2016.

Zaini memberitahu, PAUiTM/TP1B dalam rangka menjalin hubungan dengan pertubuhan bukan  kerajaan (NGO)  melakukan kunjung hormat ke Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera pada 3 Februari 2017. Kedua-dua pihak berkongsi aspirasi dan inspirasi untuk bekerjasama membela nasib anak-anak bangsa berjaya dalam bidang akademik atau karier.

Zaini turut menyeru agar semua alumni UiTM bersatu dan mengukuhkan jalinan perhubungan demi kesinambungan universiti keramat itu dalam memastikan pendidikan anak-anak bangsa terpelihara. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.