Dr. Shamsul juara Golf Persahabatan UiTM 2017 anjuran PAUiTM

Dr. Shamsul juara Golf Persahabatan UiTM 2017 anjuran PAUiTM
Para pemain golf bergambar kenangan sebelum memulakan cabaran pada Golf Persahabatan Alumni UiTM di Mines Resort & Golf Club, Sri Kembangan baru-baru ini.

 

Oleh Norila Daud

 

SRI KEMBANGAN – Seorang usahawan, Dr. Shamsul Anuar Mohd. Halip muncul sebagai juara Golf Persahabatan Alumni UiTM 2017 yang diadakan di Mines Resort and Golf Club di sini Sabtu lalu.

IMG_9518

Setiausaha PAUiTM, Nasir Harun menaiki ‘buggy’ sebelum memulakan cabaran pada Golf Persahabatan UiTM 2017 Sabtu lalu.

Dr. Shamsul (7 handicap) yang mengalahkan 39 peserta lain menerima hadiah berupa baucer Els Club Desaru Coast/Teluk Datai Langkawi manakala tempat kedua dimenangi Mohamad Izanor Kamil (13 handicap) dan Joey Sulaiman (14 handicap) menduduki tempat ketiga.

Ketiga-tiga pemenang tersebut masing-masing mencatat 37 skor dengan perbezaan hanya pada jumlah pukulan masuk dan keluar.

IMG_9519

Peserta golf mengambil tempat masing-masing sebelum memulakan cabaran.

Mohamad Izanor menerima hadiah berupa beberapa produk menggunakan teknologi nano yang menjimatkan tenaga elektrik dan minyak serta memberi tenaga kepada penggunanya. Tempat ketiga pula menerima baucer bernilai RM250 untuk membeli-belah di kompleks EON di samping sebatang anak pokok durian hibrid.

Sementara itu 37 pemain golf yang lain menerima baucer membeli belah bernilai RM70 sehingga RM250 berserta hamper.

7b4ede76-6765-4a6a-94b5-8904d82e698c

Zaini (enam kiri) bersama urusetia PAUiTM dan beberapa pemain golf selepas berakhirnya Persahabatan Golf Alumni UiTM 2017.

Hadiah-hadiah disampaikan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Pendidikan 1Bilion (TP1B). Turut hadir Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan dan beberapa Exco yang menjadi urusetia kejohanan itu.

Golf persahabatan itu diadakan di sebelah petang sempena Mesyuarat Agung Tahunan 2016 PAUiTM yang berlangsung pada 9.30 pagi.

98095b67-901a-48ad-b976-1113229e06d8

Juara Golf Persahabatan Alumni UiTM 2017, Dr. Shamsul Anuar Mohd. Halip (kiri) menerima hadiah berupa baucer daripada Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Sebanyak 40 peserta yang terdiri daripada alumni UiTM, personaliti korporat, wakil-wakil media dan juga orang perseorangan mengambil bahagian dalam golf persahabatan itu.

Sementara itu Ahli Lembaga Pemegang Amanah TP1B, Datuk Mohd. Khay Ibrahim,  Setiausaha PAUiTM, Mohd. Nasir Harun dan Exco Azhar Ahmad turut menyertai golf persahabatan anjuran PAUiTM itu.

Golf persahabatan itu diadakan untuk menjalin silaturahim dengan alumni UiTM selain mengembangkan rangkaian kerjasama dengan pihak luar.

42c4f3cf-d1a5-4b87-90ab-a2aa8908b698

Pemain golf wanita turut menyahut cabaran daripada peserta lelaki di Mines Resort and Golf Club Sabtu lalu.

cd595f48-67a9-4e48-ae02-002d02c065da

Memberi tumpuan…seorang pemain golf memulakan cabaran untuk menyaingi 39 peserta lain.

 

4d637dc9-a2dd-4508-a45e-ae9b9dfc149e

Pemenang turut menerima anak pokok durian hibrid yang membuahkan hasil dalam tempoh tiga tahun.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.