Gelandangan: salah NGO soup kitchen; atau DBKL tutup mata? Wujud lagikah Jabatan Kebajikan?

Gelandangan: salah NGO soup kitchen; atau DBKL tutup mata? Wujud lagikah Jabatan Kebajikan?

MAAF kalau saya komen pasal NGO soup kitchen yang memberi makan kepada kumpulan gelandangan di Kuala Lumpur.

Dua tiga malam lepas kira-kira jam 10 malam saya kebetulan melalui Jalan TAR melepasi Chow Kit untuk menghala ke KL.

Terkejut saya begitu ramainya anak-anak orang Melayu bermain-main di kaki-kaki lima dengan ditemani ibu-ibu masing-masing. Yang lelaki dewasa ada yang tidur, berselimut dan beralaskan kulit-kulit kotak di tepi-tepi pintu kedai.

ad817900-dba5-496e-a338-b90ceaa23096

Saya berkata kepada diri saya, siapakah mereka ini? Suatu masa dulu tiada permandangan semacam ini?

Walaupun ramai yang susah pada masa itu, masih ada rumah untuk dihuni. Flat-flat bandar raya KL ada menyediakan penempatan murah.

Kini terbalik pulak? Di masa bermacam-macam skim kerajaan cipta, Primalah, rumah transit 1 Malaysia dan apatah lagi, tapi itu pula pemandangannya?

Apa DBKL buat? Apa Kementerian Wilayah buat?

Saya melihat dua pasangan pelancong asing melalui ke laluan itu, yalah di negara mereka pun ada pemandangan seperti itu, namun tidak tersangka pula mereka ada juga pemandangan semacam itu di KL?

Kita selaku warga Lembah Klang pun terkejut.

Apakah NGO Soup Kitchens yang banyak membantu, menggalakkan lagi kumpulan gelandangan itu bermukim?

Yalah, makanan percuma yang disediakan enak-enak belaka. Selimut dan kelengkapan lain juga disediakan.

Apa pula nasib anak-anak kecil itu? Adakah mereka bersekolah? Atau mendapat pendidikan secukupnya?

Mana dia Jabatan Kebajikab Masyarakat? Ada lagikah agensi itu? Sudah lama tidak kedengaran.

Istilah gelandangan ini kini sudah sinonim dengan Kuala Lumpur.

Apakah Datuk Bandar Kuala Lumpur sedar perkara ini? Atau adakah beliau pernah turun padang selesaikan masalah itu?

Atau sekadar memerhati dari tingkat pejabatnya di aras 28!

Sedang mencari jawapan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.