Pelajar FSR UiTM Jalani Latihan Praktikal Di Korea Selatan

Pelajar FSR UiTM Jalani Latihan Praktikal Di Korea Selatan
Selepas permainan Futsal di Suwon University.

 

Seramai enam pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (FSR UiTM) kini menjalani latihan praktikal di Seoul, Korea Selatan mulai 27 Mac  sehingga  18 Jun 2017.

Program mobiliti pelajar antara FSR dengan Suwon University, Korea itu bermula sejak  penghujung 2015 dan membabitkan pelajar yang terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki bagi mendedahkan mereka kepada pelbagai aspek  kesukanan dan budaya masyarakat Korea.

Tiga pelajar terbabit yang diambil daripada Program SR243 terdiri daripada Fathi Kamel Shahrom Jamil, Muhammad Amir Khairul Anwar dan Siti Maryam Mohammad.

q

Menyaksikan permainan Hoki Ais.

Bagi Program SR241, mereka terdiri daripada Nurfarahin Shalehan, Siti Nur Aishah Salim dan Afifah Razali.  Kesemua mereka merupakan pelajar-pelajar Semester 6, FSR.

Dalam temubual melalui emel, penyelia mereka, Prof Dr. Lee Jong-Young,  dari College of Physical Education university berkenaan berkata program ini berjaya mewujudkan kerjasama antara UiTM dengan Suwon University.

Menurut beliau University Suwon berhasrat menghantar dua orang pelajar mereka ke UiTM pada Ogos ini bagi mengikuti program mobiliti pelajar antara Suwon University dan UiTM.

Bersama pelajar-pelajar Korea Suwon University

Sementara itu, para pelajar FSR yang dihubungi menyatakan mereka mendapat pelbagai pengalaman berfaedah dan menyeronokkan di Suwon University.

Mereka belajar menyesuaikan diri dengan budaya , disiplin , sosial, pendidikan dan sebagainya yang mungkin mereka tidak akan mampu peroleh di mana-mana.  Dalam pada itu, mereka juga mengagumi budaya kerja dan disiplin orang Korea yang amat menghormati tetamu.

Sekitar kawasan Suwon University ( Dari kiri – Maryam Aishah, Ahmad, fathi, Farahin & Afifah)

Sepanjang berada di Suwon University, mereka turut menyertai pelbagai program pelajar-pelajar antarabangsa dan program hakiki untuk pelajar Korea.

Pihak pengurusan FSR mengucapkan terima kasih kepada pihak HEA, UiTM, OIA, ICAEN dan HEA kerana bersama-sama menyokong bagi menjayakan program mobiliti pelajar FSR ke Korea.

Kejayaan mobiliti pelajar FSR dengan beberapa universiti di Korea adalah rentetan kejayaan FSR menandatangani MOU dengan beberapa universiti di Korea Selatan pada 5 Jun 2015.

 

Bersama-sama pelajar Korea mengenakan pakaian tradisional Korea.

http://sports.uitm.edu.my/v2/index.php/bulletin-fsr/169-pelajar-fsr-menjalani-latihan-praktikal-di-korea-selatan

Leave a Reply

Your email address will not be published.