Umat Islam Di China Meriah Menyambut Ramadan

Umat Islam Di China Meriah Menyambut Ramadan

Berjuta-juta umat Islam di China berbuka puasa setelah berakhirnya hari pertama Ramadan.

Ibadah puasa Ramadan di negara komunis itu diteruskan demi pegangan agama Islam yang bertapak di negara tersebut sejak beribu tahun dahulu dalam kalangan masyarakat China  berketurunan Hui, Uygur, Kazakh, Uzbek, Tajik dan Kyrgyz.

Wilayah autonomi Uygur Xinjiang di barat daya China, dengan lebih 24,000 buah masjid didiami oleh lebih daripada 13 juta orang umat Islam.

China mempunyai kira-kira 20 juta Muslim dan selain di wilayah-wilayah autonomi, suasana Ramadan juga meriah dirasai di bandar raya seperti Gansu, Ningxia dan Beijing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.