Pelajar Tajaan TP1B, Muhammad Afiq Amir Terima Anugerah Epsom College in Malaysia

Pelajar Tajaan TP1B, Muhammad Afiq Amir  Terima Anugerah Epsom College in Malaysia

Anak penoreh getah dari Baling Kedah, Muhammad Afiq Amir Muhammad Fauzi, 13, terpilih sebagai penerima Anugerah ‘Year 7 Award’ Epsom College in Malaysia (ECM) baru-baru ini.

Sementara itu Nur Thayiebah Hamdan, 13, yang juga merupakan seorang pelajar pintar daripada sebuah keluarga miskin di Baling, Kedah dianugerahkan Hadiah Khas Kemanusiaan (Humanity Award) ECM.

Anugerah disampaikan oleh Guru Besar Epsom College in Malaysia, Martin George, dalam majlis yang berlangsung di kampus kolej tersebut di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Nur Thayiebah dan Muhammad Afiq antara penerima biasiswa Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) di bawah kelolaan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 

Afiq, Thayiebah: Dari Baling ke Kolej Epsom

Leave a Reply

Your email address will not be published.