Israel Akur Tuntutan Palestin Keluarkan Alat Pengesan Logam

Israel Akur Tuntutan Palestin Keluarkan Alat Pengesan Logam

ISRAEL akhirnya tunduk kepada desakan Palestin untuk mengeluarkan alat pengesan logam yang dipasang di pintu masuk perkarangan Masjid Al Aqsa susulan insiden pertempuran berdarah yang mengorbankan tujuh nyawa.

Bagaimanapun rejim Zionis menggantikan peralatan tersebut dengan memasang lebih banyak kamera pemantauan yang canggih, tindakan yang tidak akan meredakan ketegangan antara Israel dan Palestin.

Kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, bersetuju untuk mengeluarkan alat pengesan itu selepas mengadakan pertemuan selama beberapa jam pada Isnin.

Pengarah Masjid Al Aqsa, Sheikh Najeh Bakirat berkata, tindakan Israel mengeluarkan peralatan itu tidak memenuhi tuntutan penduduk Islam Palestin yang kurang senang dengan pemasangan lebih banyak kamera pemantauan.

Pegawai Masjid Al Aqsa, Sheikh Raed Saleh berkata, Paletin tidak akan menerima sebarang status terkini melainkan segala peralatan yang dipasang selepas 14 Julai ditarik semula.

Ketegangan di kawasan suci umat Islam itu memuncak sejak Israel meningkatkan tahap keselamatan di kawasan perkarangan Masjid Al Aqsa sehingga menyaksikan pertempuran antara penduduk Palestin dan pasukan keselamatan rejim.

Krisis terbaharu itu turut mendapat perhatian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengadakan sidang tergempar bagi menyelesaikan konflik tersebut.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/07/25/israel-pengesan-logam/#tO1OSGy06EXSrxgJ.99

Leave a Reply

Your email address will not be published.