Pengarah Buntu Filem ‘Hijabsta’ Tak Laku

Pengarah Buntu Filem ‘Hijabsta’ Tak Laku

FILEM Hijabsta Ballet menelan belanja kira-kira 1 juta namun hanya mendapat pulangan sebanyak RM16,000. Dimana kesilapan filem ini?

Ogos lepas, Pengarah Hijabsta Ballet, Syed Zulkifli Syed Masir  mengakui kurangnya promosi menjadi punca filem itu tidak mendapat sambutan di pawagam.

Syed Zulkifli Syed Masir berkata selain kelemahan dari segi promosi, pihaknya juga terlalu menekankan aspek penceritaan yang menjadi kekuatan filem itu.

Hijabsta Ballet dibintangi Aida Khalida, Betty Banafe, Aman Graseka dan barisan pelakon muda.

Puteh Maimun Zahrah, yang membawa watak utama Adele, berdiri di sisi poster besar ‘Hijabsta Ballet’ selepas tayangan perdana di Petaling Jaya, 28 Julai 2017.

Filem kajian pertama Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) ini mengupas dilema teraju utamanya Puteh Maimun Zahra, membawa watak Adele, penari balet yang ingin bertudung.

Cabaran untuk menyatukan hijab dalam dunia balet membawa Adele ke Perth namun tentangan yang dihadapi lebih besar berbanding di negara sendiri.

Syed Zulkifli berkata apa yang berlaku kepada “Hijabsta Ballet” akan dijadikan pengajaran dalam menghasilkan filem seterusnya.

“Bila sesebuah filem itu tamat tayangan di pawagam, bukan bermaksud semuanya sudah habis. Kita masih ada beberapa lagi platform lain untuk diteruskan.

“Saya percaya produk kami masih boleh dijual cuma beberapa faktor yang menyebabkan kami gagal menarik penonton ke pawagam.

“Saya tetap akan membuat cerita yang menjadi isu perbualan dan perbahasan antara penonton,” beliau dilapor berkata.

 

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pengarah-hijabsta-ballet-gagal-fokus-jalan-cerita-tapi-tiada-promosi#JQETbvhbFKL2rByk.99
http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2017/10/03/syed-tojo/#x5w3drB73SY3AXZb.99

Leave a Reply

Your email address will not be published.