Berikan Sokongan Kepada Team UiTM Eco-Photon Di Australia!

Berikan Sokongan Kepada Team UiTM Eco-Photon Di Australia!

UiTM telah menghantar satu pasukan (UiTM Eco-Photon) yang terdiri daripada seramai 25 orang pelajar dan staf ke pertandingan Bridgestone World Solar Challenge 2017.

Kumpulan ini kini telah berjaya menamatkan hari keempat pertandingan dan perjalanan mereka telah pun melepasi jarak 1500km.

Pasukan yang bertanding dengan menggunakan kereta solar yang diberi nama “Tuah” adalah dalam keadaan baik, berkeyakinan dan amat bersemangat untuk meneruskan cabaran.

Penjelajahan pasukan ini turut diiringi oleh pegawai penasihat dan dilengkapi dengan peralatan perkhemahan, bekalan makanan serta tukang masak.

Mereka juga telah menerima tajaan daripada pelbagai pihak termasuk UiTM, UiTM Holdings, Yayasan Sultan Ibrahim, Ranhill, Malakoff dan Jakel.

Berikut maklumat berkenaan pasukan ini.

Nama pasukan: UiTM Eco-Photon

Ketua pasukan: Ungku Muhammad Zulhilmi Bin Ungku Zakaria

Jumlah peserta: 25 org (termasuk 2 pegawai Teknikal, 1 pegawai penyelidik dan 1 pensyarah pengiring)

Tarikh pertandingan: 8 – 15 Oktober 2017

Jarak perjalanan: 3000 km (Darwin  ke Adelaide)

Sebagai tanda sokongan, marilah kita warga UiTM bersama-sama mendoakan kejayaan pasukan ini agar dapat menamatkan pertandingan dengan keputusan yang membanggakan.

 

Naib Canselor, UiTM

Leave a Reply

Your email address will not be published.