Fauzan Mohd Noor Dilantik Sebagai Pengurus Besar TP1B

Fauzan Mohd Noor Dilantik Sebagai Pengurus Besar TP1B

Tabung Pendidikan 1Bilion (TP1B) mengumumkan pelantikan Fauzan bin Mohd Noor sebagai Pengurus Besar berkuat kuasa pada 1 November 2017.

Fauzan, 58, berpengalaman luas merentasi pelbagai bidang, termasuk Al-Khair Foundation di London yang antara lain berusaha menangani isu-isu membabitkan pelarian Rohingya.

Selain itu, beliau juga berpengalaman dalam bidang perbankan dengan rekod perkhidmatan cemerlang dalam Standard Chartered Bank dan seterusnya menggunakan kepakarannya dalam MRCB, TV3 dan The New Straits Times,

Berasal dari Selangor, Fauzan merupakan seorang alumni UiTM dan memiliki Diploma Pengajian Perniagaan (DBS).

Afiza Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar merangkap Ketua Pentadbiran dan Operasi TP1B.

Sementara itu, Afiza Abdul Aziz, dilantik menjadi Timbalan Pengurus Besar merangkap Ketua Pentadbiran dan Operasi TP1B.

Juga seorang alumni UiTM dalam Kajian Pentadbiran Perniagaan, Afiza mempunyai pengalaman luas merentas bidang-bidang pembangunan perniagaan, pentadbiran dan perundingan.

Dengan pelantikan ini adalah diharapkan TP1B akan bergerak dengan lebih produktif dalam usaha mencapai apa juga perancangan yang telah dirancang

Inisiatif  TP1B adalah cetusan inspirasi Datuk Seri Idris Jusoh pada 2014 sewaktu memegang jawatan Menteri Pendidikan Kedua.

Misi tabung tersebut bagi mengumpul dana sejumlah sekurang-kurangnya RM1 bilion daripada pihak alumni UiTM untuk tujuan pemberian biasiswa, bantuan kebajikan, menaiktarafkan fakulti dan menaja penyelidikan serta pembangunan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.