Persatuan-Persatuan Alumni UITM Bergabung

Persatuan-Persatuan Alumni UITM Bergabung

 

BENTONG, 29 Okt —  Persatuan-persatuan alumni cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara akan bergabung di bawah satu payung tahun depan.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN) UiTM Profesor Dr Zaini Abdullah berkata langkah melibatkan 13 kampus negeri dan kampus utama di Shah Alam itu menjurus kepada pewujudan Persekutuan Alumni UiTM.

“Melalui perbincangan dengan persatuan-persatuan alumni, kita bersetuju untuk menggabungkan persatuan-persatuan alumni UiTM di bawah satu persekutuan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ketujuh Persatuan Alumni UiTM Perlis di Janda Baik di sini.

Barisan J/Kuasa Alumni Uitm Arau Perlis ( 2017-2019)

Zaini berkata antara objektif penggabungan itu ialah untuk membolehkan alumni menyumbangkan tenaga dan sumbangan untuk kemajuan UiTM dari segi kewangan dan kepakaran.

Beliau berkata pihaknya kini giat mengemas kini data alumni dengan rekod rasmi dari 2006 hingga sekarang menunjukkan 320,000 anggota alumni berbanding kira-kira 700,000 graduan universiti yang sejarah perkembangannya bermula pada 1956.

Sementara itu, Presiden Alumni UiTM Perlis yang baharu dilantik, Ahmad Shamsul Baharin Mohd Hanafiah berkata alumni itu meneruskan tanggungjawab sosialnya dengan memberi sumbangan RM10,000 kepada graduan cemerlang dan miskin pada majlis konvokesyen universiti itu pada 3 Nov ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa anggota alumni supaya kembali membantu universiti itu bagi mencapai kecemerlangan yang disasarkan.

Saya percaya di luar sana masih ramai alumni UiTM Perlis yang telah berjaya dan boleh menyumbangkan sesuatu kepada universiti mengikut kepakaran masing-masing termasuk menyediakan latihan industri bagi memboleh lebih ramai pelajar meneroka peluang pekerjaan,katanya.

 

Persatuan-persatuan alumni UiTM bergabung

Leave a Reply

Your email address will not be published.