Pelancaran pusat latihan simulasi, inkubator pembelajaran dan pengajaran serta agensi pengembaraan & pelancongan “university travel center (UITC)”

Pelancaran pusat latihan simulasi, inkubator pembelajaran dan pengajaran serta agensi pengembaraan & pelancongan “university travel center (UITC)”

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Kampus Puncak Alam telah menandatangi MOU dengan pihak Sri Sutra Travel pada 2013.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan sebuah Pusat Latihan Simulasi dan Inkubator Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta agensi pelancongan yang dinamakan Universiti Travel Center (UniTC).

Tujuan penubuhan pusat latihan ini adalah untuk persediaan Work-Based-Learning (WBL) di mana pelajar akan bekerja sambil belajar di agensi pelancongan ini.

Program 2u2i ini menawarkan inisiatif belajar sambil bekerja yang memperuntukkan penuntut untuk belajar selama dua tahun dan menimba pengalaman dalam industri selama dua tahun.

Selain itu juga, ia merupakan satu platform meningkatkan kadar kebolehpasaran (employability) pelajar kerana telah terlatih dengan susun atur bekerja di sebuah agensi dan pendedahan kepada cara operasi sebuah agensi untuk melengkapkan pelajar dalam persediaan menghadapi dunia pekerjaan.

UniTC merupakan usaha sama dan kolaborasi di antara UiTM dan agensi pelancongan dan pengembaraan Sri Sutra Travel.

Sri Sutra Travel juga telah membangunkan sistem operasi ‘Travel Compute System’ yang boleh digunakan di pusat latihan tersebut.

Majlis Perlancaran  diadakan pada 6hb Disember 2017 bertempat di Kedai 2, Tingkat 4, Pusat Bangunan Satelit, UiTM Puncak Alam sempena Hot Tour Carnival 2017 anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Ia dirasmikan oleh Rektor UiTM Selangor, Datuk Prof. Dr Bakar.

Turut hadir, Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Profesor Dr Mohamad Abdullah Hemdi, Dekan-dekan Fakulti, pegawai-pegawai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Alumni UiTM.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.