Prof  Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah Antara Tiga Angkat Sumpah Senator 

Prof  Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah Antara Tiga Angkat Sumpah Senator 
Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah mengangkat sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

 

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Dr Nuing Jeluing dan bekas Pengerusi MCA Pagoh Datuk Lim Pay Hen hari ini mengangkat sumpah sebagai senator buat pertama kali.

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah pula mengangkat sumpah sebagai senator untuk penggal kedua.

Ibrahim, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari 2001 hingga 2009, dilantik sebagai anggota Dewan Negara buat pertama kali pada 3 Nov 2014.

Mereka bertiga mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran di Dewan Negara di sini.

Dr Nuing, 65, dari Miri, Sarawak dipilih sebagai senator bagi menggantikan Datuk Lihan Jok penggal perkhidmatannya tamat pada 7 Dis tahun lepas.

Dr Nuing ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata pelantikan tersebut akan memberi peluang kepadanya memperjuangkan nasib rakyat di negara ini terutamanya di Sarawak.

Lim, 60, anak jati Jementah, Segamat, Johor, pula berkata pelantikan itu merupakan peluang untuknya terus menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakat tempatan khususnya masalah yang dihadapi rakyat.“Saya akan memainkan peranan aktif dalam menyelesaikan isu-isu semasa melibatkan masyarakat terutamanya melibatkan kaum Cina,” katanya.

 

— BERNAMA

One Response to "Prof  Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah Antara Tiga Angkat Sumpah Senator "

  1. Shaik Shaszari Shaik Sulaiman  March 27, 2018 at 1:54 pm

    Saya berbangga krn pernah terima Sijil (Diploma & Bach Degree) dari Prof Ibrahim Abu Shah Sendiri. Namun kini saya malu dgn beliau. Seorg cendekiawan UiTM kini jadi burung kakak tua bila dlm Umno. Berpada2lah mengampu wahai Prof.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.