Takziah Daripada PAUITM dan TP1B Atas pemergian isteri KPN

Takziah Daripada PAUITM dan TP1B Atas pemergian isteri KPN

IPOH 16 Dis — Persatuan Alumni UITM Malaysia (PAUITM) dan Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan keluarga di atas pemergian isteri beliau, Puan Sri Azizah Hamdi ke rahmatullah, semalam.

Semoga Almarhumah Puan Sri Azizah Hamdi mendapat husnul khatimah dan rohnya ditempatkan dalam syurga yang penuh ni’mat Allah SWT.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang mendapat rawatan di PPUM akibat sakit kanser meninggal dunia pada jam 7.02 malam.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor malam tadi sebelum dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk urusan pengebumian pagi ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.