Tan Sri FD Mansur Sumbang Cek RM20,000 Untuk TP1B

Tan Sri FD Mansur Sumbang Cek RM20,000 Untuk TP1B
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd. Tan Sri Mohamed Mansur Fateh Din (FD Mansur) menyerahkan cek RM20,000 kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dengan diperhatikan oleh Presiden PAUITM Datuk Zaini Hassan.

 

Baru-baru ini Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd. Tan Sri Mohamed Mansur Fateh Din (FD Mansur) telah membuat sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B).

Penyerahan sumbangan tersebut berlangsung pada majlis makan malam di restoran Las Vacas, Glo Damansara dengan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Presiden Persatuan Alumni UITM Malaysia (PAUITM) Datuk Zaini Hassan, Pengurus Besar TP1B Fauzan Mohd Noor dan Timbalan Pengurus Besar merangkap Ketua Pentadbiran dan Operasi TP1B Afiza Abdul Azizi.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor (FD Iskandar) Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Ahiruddin Atan (Rocky),  beberapa orang exco PAUITM dan tokoh-tokoh alumni yang lain.

Untuk rekod, Tan Sri Mohamed Mansur antara tokoh aktif menyokong inisiatif TP1B yang bertujuan untuk mendapatkan dana bagi tujuan pendidikan, kebajikan, biasiswa dan penyelidikan ilmiah.

Pengurus Besar TP1B Fauzan Mohd Noor membincangkan sesuatu dengan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berucap pada majlis penyampaian cek tersebut.

 

Antara exco PAUITM yang hadir pada malam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.