Menjejak Akar Mengenang Budi – Program Sumbangan Pakaian dan Peralatan Persekolahan anjuran Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B)

Menjejak Akar Mengenang Budi – Program Sumbangan Pakaian dan Peralatan Persekolahan anjuran Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B)

‘Menjejak Akar Mengenang Budi’ merupakan program sumbangan kewangan bagi tujuan membantu anak-anak yang kurang berkemampuan membeli pakaian dan peralatan persekolahan untuk musim persekolahan.

Ia juga program di mana Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM) berusaha untuk menjejak semula para alumni UiTM di seluruh negara melalui inisiatif  TP1B dengan mengajak mereka untuk sama-sama berinfak atau dikenal pasti untuk diberikan bantuan.

Sehubungan itu baru-baru ini TP1B telah mengadakan program bantuan di Sekolah Kebangsaan Siong, Baling Kedah yang melibatkan seramai 150 orang pelajar tahun 1 hingga tahun 6 dari empat buah sekolah daerah tersebut.

Pemilihan pelajar dibuat sendiri oleh pihak sekolah-sekolah dan Sekolah Kebangsaan Siong menjadi tuan rumah bagi majlis penyampaian sumbangan.

Sekolah-sekolah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Siong, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Sekolah Kebangsaan Tanjong Pari dan Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar.

Para pelajar daripada keluarga miskin tegar ini dipilih sendiri oleh guru-guru sekolah terlibat yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak petani dan penoreh getah.

Mereka menerima bantuan pakaian persekolahan berupa pakaian sekolah, kasut, alat tulis dan beg bernilai RM200 setiap seorang melalui pembelian menggunakan baucar tunai yang boleh digunakan di Pasar Raya Sakan Sdn Bhd.

Selain mempromosikan kewujudan TP1B program ini juga diharap dapat menjalin kerjasama bersama penduduk setempat dan mengeratkan ukhuwah sesama alumni dan UiTM negeri.

Banyak syarikat korporat dan orang perseorangan telah tampil memberikan sumbangan dalam bentuk zakat atau berinfak bagi manfaat anak-anak yang memerlukan bantuan melalui dana daripada TP1B, termasuk syarikat Tradewind Corporation dan Kentucky Fried Chicken

Di masa akan datang diharap agar lebih ramai alumni atau orang perseorangan sudi memberi sumbangan, berinfak atau berzakat melalui TP1B.

Tabung Pendidikan 1 Bilion sebuah organisasi telus yang boleh disemak kedudukannya melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sumbangan ke Tabung Pendidikan 1 Bilion boleh dibuat melalui akaun berikut:

Affin Islamic Bank Berhad                1051 4000 8427
Bank Islam Malaysia Berhad            1203 8010 124802

Leave a Reply

Your email address will not be published.