Alumni UITM Datuk Abdul Jalil Hamid Kini Bergelar Datuk Seri

Alumni UITM Datuk Abdul Jalil Hamid Kini Bergelar Datuk Seri

 

PUTRAJAYA, 1 Jan – Alumni UITM, Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) merangkap Presiden Alumni Masscomm UiTM, Datuk Abdul Jalil Hamid antara 370 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan  Hari Wilayah Persekutuan.

Beliau menerima anugerah Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid.

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Wilayah Persekutuan mula diadakan pada 2008 sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan dan khidmat cemerlang kepada  Wilayah Persekutuan baik daripada segi sosial mahupun keagamaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.