1,000 Lepasan SPM Baling Berpeluang Sambung Pengajian Di Uitm

1,000 Lepasan SPM Baling Berpeluang Sambung Pengajian Di Uitm
Abdul Azeez Abdul Rahim bergambar bersama murid-murid, guru serta waris pada Majlis Pelancaran Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah Peringkat Parlimen Baling, Di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling.

 

BALING, 2 Mei — Seramai 1,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di daerah ini yang memperoleh keputusan 3A, berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) secara percuma.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Rakyat Baling (YPRB) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata ia adalah bagi memastikan mereka yang juga anak-anak Baling, dapat meneruskan pelajaran ke tahap tertinggi.

“Lepasan SPM terlibat dan waris hanya perlu membawa slip keputusan mereka untuk pendaftaran pada 5 Mei depan sempena pecah tanah pembinaan kampus UiTM Cawangan Baling di Kampung Bandar,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah Peringkat Parlimen Baling, di sini pada Isnin.

Kesemua 1,000 pelajar terlibat akan memulakan pengajian di UiTM Merbok, Sungai Petani sebelum berpindah ke UiTM Baling apabila kampus itu siap dalam tempoh tiga tahun nanti.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Abdul Ghafar Yusop dan Pegawai Pelajaran Baling Fakhrurazi Abd Majid.

Abdul Azeez berkata peluang itu patut direbut kerana rata-rata pelajar terdiri daripada anak petani dan penoreh getah serta tinggal di luar bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.