Kenyataan Akhbar Rasmi Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) Berhubung Tuntutan Hindraf 2.0

Kenyataan Akhbar Rasmi Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) Berhubung Tuntutan Hindraf 2.0

Kenyataan Rasmi Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM)
Berhubung Tuntutan Hindraf 2.0

Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUiTM) yang mewakili 700,000 alumni UiTM di seluruh negara memandang serius tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) hari ini yang antara lain mendesak supaya membuka kemasukan UiTM dibuka kepada semua kaum.

PAUiTM dengan ini berdiri teguh dan secara sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke UiTM kepada semua kaum. Ini berdasarkan premis bahawa kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkenaan perlu ditangani dengan tegas bersama kesemua komponen kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu.

PAUiTM bimbang kenyataan Hindraf seperti ‘menuang minyak ke api’ itu akan mencetuskan kemarahan umat Melayu Bumiputera di negara ini.

Sehubungan itu kami mahu kenyataan berbau hasutan seperti itu dihentikan sama sekali oleh mana-mana pihak sekali pun.

Sebaliknya PAUiTM mencadangkan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan terus mencari jalan bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan ulung Bumiputera itu.

Bagi mempastikan UiTM tidak terus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak lagi kami mencadangkan ia diletakkan di bawah satu inisiatif perlindungan Majlis Raja-Raja Melayu.

 

Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia
Dato’ Mohd Zaini Hassan

30 Responses to "Kenyataan Akhbar Rasmi Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) Berhubung Tuntutan Hindraf 2.0"

  1. A Ghafar Bin Ibrahim  May 28, 2018 at 10:56 pm

    Tidak perlu melayani tuntutan yg sengaja diada-adakan.

    Agenda untuk melahirkan sebanyak mungkin Bumiputra berilmuan antara teras pembangunan ekonomi negara mengatasi segala-galanya

    Reply
  2. Amalina Diyana Binti Abdullah  May 28, 2018 at 11:13 pm

    Saya sebagai seorang alumni uitm membantah atas kemasukan kaum lain di uitm kerana ia dikhaskan untuk membantu bumiputera dan orang melayu.

    Tetapi saya harap uitm hanya diberi keistimewaan hanya kepada orang yang miskin atau tidak berkemampuan sahaja

    Reply
  3. Siti ruhaila razali  May 28, 2018 at 11:27 pm

    Tq tq. Tolong pertahankn uitm.ini je tinggl utk mlayu dan bumiputra. Sy salah sorang alumni uitm 2005 fakulti pengajian mklumat uitm shh alam matrik no 2002228482

    Reply
  4. dr. mdsalleh  May 29, 2018 at 12:03 am

    jgn melompat .. dpt program ke 10 .. 17 chinese 1 indian drpd 79 pelajar … fully sponsored …siapa kata bangsa lain tak masuk uitm? …

    Reply
  5. Misbahuddin  May 29, 2018 at 12:17 am

    Pertahankan hak istimewa kita demi Alif Ba Ta..

    Reply
  6. Ramlee bin Ab.Rahman  May 29, 2018 at 12:30 am

    Teruskan perjuamgan ….jangan hirau suara nyamok….

    Reply
  7. Rosman bin Ab Hamid  May 29, 2018 at 12:32 am

    Saya setuju Uitm hanya di khaskan pd org2 melayu sj.

    EX ITM 73

    Reply
  8. Yazidah Jemali  May 29, 2018 at 12:39 am

    MCA dulu ade TAR college dan MIC pon ade college mereka juga jadi mengape mereka tak memperkasakan institusi2 tersebut? Kalau mereka berkehendak sekolah2 mereka jadi secara langsung patut di lanjutkan aliran tersebut. Jgn nak ambil jln mudah sahaja dan mendesak Kemasukkan ke dlm UiTM.

    Reply
  9. Afendi  May 29, 2018 at 12:53 am

    Saya sebagai alumni uitm membantah sekerasnya kemasukan pelajar bukan bumiputera.Hal ini berkaitan dengan hak istimewa orang melayu dan bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

    Reply
  10. Yahaya Ibrahim  May 29, 2018 at 2:06 am

    Saya setuju dengan pandangan Dato. Saya sokong keputusan Alumni untuk kebaikan bersama. Hindraf adalah organisasi yang tidak menyumbang apa2 untuk kebaikan megara.

    Reply
  11. Ahmad Puad Ismail.. BSc Ardh UiTM  May 29, 2018 at 4:51 am

    Hindraf ni yg sibuk sibuk buat apa…dia dah ada universiti mereka sendiri di Kedah….universiti khas utk anak anak india dan satu kawasan kampus utamanya pun telah diluluskan di Ipoh Perak.
    Macam org cina dia tak heboh pun…mereka ada universiti TAR dan beberapa universiti lain. Yg india ni nak sibuk kacau melayu apa pasal…india ni kalau bagi duit banyak pun dia pergi enjoy dan mabuk itu sebab tak boleh buat universiti sedangkan mereka dari segi ekonomi dan perkapitanya lebih tinggi dari org melayu…minta lah sumbangan dari Krishna Ananda atau samy vellu buat universiti krisna ananda dan samy vellu….munkin melayu boleh tumpang….atau melayu tak dibenarkan masuk pula.

    Reply
  12. Mod.Madrid b Yaacob  May 29, 2018 at 5:23 am

    Telah byk hak ketuanan Melayu itu kita gadai atas dasar perpanduan dan kesejheteraan bersama namun tidak yg menyentuh Perlembagaan Persekutuan 153 ini. Apa lagi yg boleh kita tinggalkan kpd generasi yg akan dtg sbg Peribumi dan Bumiputra dlm Tanah Air Mereka ini. Sedar sedar lah wahai Bangsa ku

    Reply
  13. Zuridah  May 29, 2018 at 5:41 am

    Setuju…

    Reply
  14. Wan Mariah Wan Din  May 29, 2018 at 5:41 am

    UiTM dah byk berjasa kpd org melayu dr semua golongan rendah, medium dgn program2 yg baik, teknikal dan management. Saya rasa jangan d kacau UiTM ni sebab ini saja satu Institusi professional yg menolong org melayu dr semua golongan. Cerdik pandai dr zaman dulu hingga sekarang adalah hasil dr UiTM….. Saya salah seorg graduan UiTM…sokong mesti d khaskan kpd org2 Melayu…

    Reply
  15. hanifah  May 29, 2018 at 6:05 am

    Let it remains for Bumiputra only

    Reply
  16. Hafezah Haron  May 29, 2018 at 6:52 am

    100% Sokong. Jangan sekali-kali diganggu-gugat kedudukan UiTM sebagai hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera Malaysia.

    Reply
  17. Zaidan bin Abd Samad  May 29, 2018 at 7:06 am

    Setuju UiTM diletak Kan dibawah Majlis Raja2 Melayu Dan pengawasan nya tetap dibawah Kementerian Penggajian Tinggi.

    Reply
  18. Hj Laili Suhairi Ab Wahid 1970 intake engineering...  May 29, 2018 at 7:33 am

    Tahniah Dato…

    Reply
  19. ISHAR  May 29, 2018 at 8:50 am

    TERISKAN PERJUAGAN HAK KITA !!!

    Reply
  20. Noor Yusoff  May 29, 2018 at 9:41 am

    I graduated from itm in 1983 … any chance to be a member of this alumni group? Thanks.

    Reply
  21. Ismail Abu Bakar  May 29, 2018 at 9:55 am

    Truly agree with PAUiTM as to uphold the college solely for Bumiputera.
    Hindraf should request and set-up their own University.
    There are many other Universities in Malaysia that’s open to all why UitM?

    Reply
  22. Sabaria hassan  May 29, 2018 at 10:23 am

    Sangat setuju Dato’.
    We are strongly behind you!

    Reply
  23. Masitah Ahmad  May 29, 2018 at 10:32 am

    UITM khas utk anak2 Melayu & Bumiputra sahaja. Kami akan terus pertahankan hak hak keistimewaan Anak bangsa Melayu selamanya…

    Reply
  24. Nur Syafiqah  May 29, 2018 at 11:22 am

    totally not agreed untuk buka kemasukan uitm pada semua kaum. Di mana hak orang melayu

    Reply
  25. Aqu Melayu  May 29, 2018 at 2:00 pm

    Sudah tiba masanya umatMelayu dan rakyat Malaysia dari kaum lain fokus ke0ada pembinaan negara bukan lagi pembinaan bangsa.

    Sampai bila kita mahu bina bangsa. Melayu bina Melayu dengan UiTM dan MRSMnya. Cina dengan SJKC, SMJKC dan independentnya schoolnya dan lain2.

    Anak bangsa dipisah berdasarkan kaum dan akhirnya semua mengaku kami anak Malaysia tapi pabila orang dari negara lain tanya apa itu Malaysia, Melayu jawab laim, Cina jawab lain. Karut sungguh hidup kita ni. Bukan Melayu saja yang susah kawan.

    Reply
  26. Daniel  May 29, 2018 at 5:26 pm

    Ya saya setujuh hanya anak melayu dan bumiputera sahaja. Kerana ini lah keistemewaan kita. Bukan rasis tapi sdh tremaktub dalam artikel 153 perlembagaan petsekutuan

    Reply
  27. Hasnah  May 30, 2018 at 2:28 am

    Sokong UiTM untk anaknmelayu dan bumiputra saja

    Reply
  28. zahurin mat aji  May 30, 2018 at 5:34 am

    Bantahan ini disokong

    Reply
  29. Muhammad Afiq  May 30, 2018 at 8:55 pm

    Hak keistimewaan bangsa Melayu tidak boleh dipertikaikan biarpun bertukar kerajaan! Ini negara Melayu! Negara MALAYsia!

    Reply
  30. Mohd Yusof Hitam  June 1, 2018 at 12:51 am

    Terima kasih kerana menyampaikan kepada saya Kenyataan PAUiTM ini. Alhamdulliah, apapun ulasan warga UiTM dan orang lain saya rasa penegasan yang dibuat oleh PAUiTM adalah berpatutan dan berlandaskan keutuhan sejarah Bangsa Melayu dan Negara ini. Bagaimana pun benarkan saya buat ulasan berikut, khusus berkaitan rujukan kepada, \\\” komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan \\\”.

    Pada hemat saya, dalam sejarah pemerintahan British di Tanah Melayu, baik di Melaka, P. Pinang, Selangor dan FMS, Malayan Union, dan juga dalam penggubalan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, dan kemerdekaan Malaya, saya tidak terjumpa istilah atau konsep \\\” hak keistimewaan orang Melayu \\\”.

    Yang saya terjumpa adalah konsep \\\” to safeguard the special position of the Malays and any of the natives of the States of Sabah and Sarawak…\\\” yang tercatat pada Pasal 153 (1) Perlembagaan Persekutuan. Dalam Laporan Suruhanjaya Reid (1956) kepada Parlimen Inggeris, dan White Paper Parlimen Inggeris, serta Laporanya kepada Queen Elizabeth dan Majlis Raja-Raja \\\” hak keistimewaan Melayu\\\” tidak ada disebut. Malah Lennox Boyd, Setiausaha Tanahjajahan Inggeris , dalam Parlimen Inggeris pada 12 Julai 1956, menegaskan bahawa Kedaulatan Raja-Raja Melayu diatas Tanah Air dan Rakyat mereka tidak pernah diambil alih oleh Inggeris sepanjang zaman Inggeris memerintah di Semenanjung. Saya tertanya kenapa taraf dan kedudukan Melayu yang ditegaskan sebagai \\\”istimewa\\\” dalam rundingan kemerdekaan Malaya dan bukan Hak Melayu. Kesimpulaln saya adalah kerana Inggeris menegaskan bahawa mereka memulangkan kembali Pemerintahan Negeri-Negeri Melayu kepada yang Hak, iatu Raja-Raja dan Rakyat Melayu baginda dalam bentuk Persekutuan Kerajaan Malaya (Confederation of Malay Monarchies). Konsep inilah yang ada pada Pasal 153, dan lain-lain Pasal yang berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan. Raja, Bangsa Melayu { termasuk Prtibumi di Sabah dan Sarawak ) mempunyai hak mutlak berterusan dari zaman KeSultanan Melaka di Semananjung. Inggeris kembalikan Perintahnya kepada Raja-Raja dengan syarat warga Inggeris dan warga tanah jajahannya yang lain diterima sebagai warga negara Malaysia, dan menyerahkan Negeri-Negeri Selat kepada Persekutan Kerajaan Melayu { Conf. of Malay Monarchies ) sebagai sebuah negara democracy berParlimen – dengan erti-kata supaya Pemerintahan Negara ini dilakukan oleh wakil-wakil Rakyat dalam Parlimen yang dipilih melalui Pilihan Raya Umum ; dan Pemerintah mentadbir dengan pemisahan kuasa antara YAP Agong (dengan Ikhsan Majlis Raja-Raja yang melantik Baginda ), Eksekutif/Pentadbir, dan Judiciary

    Dengan sejarah demikian, maka saya yakin dan percaya bahawa tidak betuh dianggap untuk menerima pendapat bahawa, \\\” special position of the Malay \\\” disamakan dengan \\\” hak istimewa orang Melayu / speciai rights of Malays \\\” kerana yang kemudian itu hanyalah satu daripada \\\”keisimewaan \\\” yang ada pada Bangsa Melayu dalam Perlembagaan.

    Dan lagi yang ditimbulkan dalam sejarah Bangsa Melayu , dan daripada perundingan tiga segi antara Raja-Raja, Perikatan UMNO, MCA dan MIC (bagi pihak warganegara baru Malaya/Malaysia kononnya), jelas menyatakan bahawa Kemerdekaan yang terlaksana pada perjanjian denga pihak Inggeris dan yang ditandatangan oleh Majlis Raja-Raja pada 5 Ogos 1957 adalah KEMERDEKAAN dalam bentuk PERSETUJUAN Raja-Raja Melayu UNTUK MENYERAHKAN kepada Wargannegara Malaya/Malaysia yang baru Kuasa memerintah setelah kuasa itu dikekmbalikan oleh Inggeris kepada Majlis Raja-Raja..Pada hakikatnya, Bangsa Melayu pada peristiwa itu bersetuju dengan tindakan Majlis Raja-Raja untuk melucutkan sebahagian besar daripada hak mutlaknya sebagai Rakyat dengan Raja Melayu seperti yang disebut dalam Perlelmbagaan Konfederasi Kerajaan kepada warganegara yang baru, melainkan apa yang disebut dalam Perlembagaan yang sedia ada. Apa yang disebut oleh Majlis RR dalam sebagi \\\”Rider\\\” kepada TOR Suruhanjaya Reid bahawa semua Rakyat Raja daripada kepulauan Melayu yang berada di Semenanjung pada Hari \\\”Merdeka\\\” adalah Warganegara Malaya\\\’Malaysia.

    Saya berpendapat bahawa sejarah Bangsa Melayu dan Peribumi di Negara ini, dan juga sejarah perkembangan Kenegaraannya, amat penting difahami serta dihayati oleh semua Warganegara dan semua yang mahu memimpin Negara-Bangsa Malaysia. Juga amat penting difahami dan diterima hakikat bahawa Kuasa Mutlak dalam Kerajaan Konfedersi Malaya/Malaysia adalah MRR yang melantik YDA Agong, yang pula melantik Pemerintah (bukan Kerajaan) Malaysia.

    Wallahu\\\’alam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.