PAUITM serah petisyen ditangani lebih 180,000 bantah tuntutan Hindraf 2.0

PAUITM serah petisyen ditangani lebih 180,000 bantah tuntutan Hindraf 2.0

Siaran Media

Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM) telah menyerahkan memorandum dan petisyen kepada tiga pihak mewakili kerajaan Malaysia.

Petisyen tersebut susulan tuntutan pihak Hindraf 2.0 baru-baru ini supaya Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) membuka kemasukan untuk bukan Bumiputera.

Tindakan Hindraf 2.0 telah mencetuskan kemarahan dan bantahan rakyat, terutama orang Melayu.

Hingga semalam, petisyen telah ditangani oleh lebih 180,000 orang.

Semalam, petisyen diserahkan oleh Presiden PAUITM, Dato’ Zaini Hassan kepada Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di pejabatnya di Putrajaya.

Perwakilan PAUITM seterusnya menyerahkan memorandum yang sama kepada Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, (Council of Eminent Persons), Tun Daim Zainuddin di Menara ILHAM Kuala Lumpur.

Terdahulu, pada minggu lepas perwakilan PAUITM juga telah menyerahkan memorandum bantahan serta petisyen kepada YAB Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Dato’ Zaini Hassan bersama anggota exco PAUITM di Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan meorandum bantahan serta petisyen.

Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan (tiga dari kiri) menyerahkan Memorandum… kepada YAB Perdana Menteri melalui Setiausaha Politiknya, YB Zahid Mat Arip di Pejabat Perdana Menteri. Turut serta Saudara Shukri Ishak (Setiausaha PAUiTM), Saudara Shamsul… (Naib Presiden PAUiTM) dan Setiausaha Kerja PAUiTM, Puan Afiza Aziz.

Penyerahan Memorandum ke Pejabat YB Menteri Pendidikan.

Penyerahan Memorandum ke Pejabat Pengerusi ‘Council of Eminent Persons” di Menara ILHAM.

bantahan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.