Selamat Hari Raya Aidil Fitri Daripada Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Daripada Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM)

Bersempena Hari Raya Aidil Fitri, saya bagi pihak Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan segala hormat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh alumni UiTM di mana sahaja anda berada.

Mudah-mudahan ibadah puasa yang kita tunaikan sepanjang Ramadan al-Mubarak 1439H ini diberikan ganjaran pahala berlipat ganda.

Marilah kita saling bermaaf-maafan dan terus mengekalkan semangat setia kawan dan persaudaraan.

Bagi yang pulang ke kampung halaman, amalkan pemanduan berhemah, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah insan yang tersayang.

 

Presiden PAUITM
Dato Mohd Zaini Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published.