[VIDEO] Kisah Seram UiTM – Tingkat 13

Tingkat 13 merupakan ‘short horror film’ pertama dihasilkan oleh Pensel Studio. Ia mengisahkan seorang pemuda ‘dikacau’ oleh patung misteri semasa dia mahu hantar thesisnya di Menara SAAS UiTM Shah Alam.

Kisah ini adalah rekaan semata-mata, tiada niat untuk memburukkan imej UiTM.

Kami juga bekas graduan UiTM Shah Alam tidak pernah diganggu oleh apa-apa kejadian misteri. Namun tidak dinafikan kami juga pernah mendengar pelbagai kisah seram yang berlaku di UiTM.

Kisah-kisah seram ini sedikit sebanyak memberi ‘warna’ kepada UiTM yang menjadi kenang-kenangan kepada kami. UiTM sentiasa di Hati kami.

Lakonan oleh – Shaffiq Hambali

Arahan oleh – Ahmad Syahir

Kamera & Audio – Aiman Adam

Leave a Reply

Your email address will not be published.