Dalam pertandingan yang dikenali sebagai ‘Musica Eterna Roma International Choir Festival & Competition’ itu, pasukan pelajar UiTM Chamber Choir (UCC) menggondol anugerah tempat pertama bagi kategori wanita selain mendapat anugerah khas persembahan terbaik serta memperoleh markah tertinggi.

Bagi kategori lelaki pula, UCC turut mendapat tempat pertama manakala selain mendapat pingat emas bagi kategori campuran.

Dekan Fakulti Muzik UiTM, Prof. Madya Dr. Tazul Tajuddin berkata, pencapaian UCC itu merupakan satu yang amat mengagumkan sekaligus membuktikan kemampuan anak tempatan dalam bidang seni muzik koir di peringkat antarabangsa.

“Sebanyak 13 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini antaranya Taiwan, Hong Kong, Belgium, Indonesia, Ireland, Great Britain, Itali, Croatia dan Afrika Selatan.

“Bagaimanapun, kita bertuah memenangi kategori yang dipertandingkan dalam acara berprestij ini,” katanya semalam.

Pada masa sama, Dr. Tazul turut berterima kasih dengan Dr. Masashi Kishimoto yang memainkan peranan besar selaku konduktor kepada UCC.