Kunjungan Hormat Exco PAUITM Ke Atas Rektor UITM Cawangan Selangor

Kunjungan Hormat Exco PAUITM Ke Atas Rektor UITM Cawangan Selangor

Barisan EXCO Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM) yang diketuai oleh Setiausahanya, Shukri Ishak, telah mengadakan kunjung hormat ke atas Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS) Prof Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed Isnin lepas.

Mereka disambut oleh Dr Abu Bakar dan barisan kepimpinan kanan UCS, termasuk Timbalan Rektor UCARE, Prof Madya Wan Kamil Wan Mohamad; Timbalan Rektor RND, Prof Madya Dr Rogayah Haji Hashim; Timbalan Rektor HEP, Dr Hamzah Fansuri Hassan, Ketua Timbalan Pustakawan, Dr Faridah Talib dan Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, Hajah Sa’adah Ibrahim.

Antara perkara yang dibincangkan kerjasama demi pembangunan pendidikan pelajar UiTM. PAUiTM yang juga Sekretariat kepada Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), mengalu-alukan sumbangan melalui potongan gaji kakitangan UiTM, khususnya, mereka yang juga Alumni UiTM.

PAUiTM yang juga Sekretariat kepada Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), mengalu-alukan sumbangan melalui potongan gaji kakitangan UiTM, khususnya, mereka yang juga Alumni UiTM.

UCS juga menimbangkan inisiatif untuk mengutip sumbangan TP1B melalui ibu bapa dan pelajar pada setiap majlis konvokesyen.

Dalam pada itu, TP1B sedang berusaha membantu Fakulti Pergigian UiTM di Sg Buluh untuk mendapatkan dana bagi membangunkan kemudahan di Fakulti tersebut.

PAUiTM dan TP1B bersetuju untuk membantu UCS mempromosikan Eco-Pelancongan mereka di Puncak Alam.

PAUiTM mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan UCS, terutama, Dato Rektor atas sambutan baik yang telah diberikan semasa kunjungan hormat itu. Adalah menjadi harapan semua agar hubungan baik Alumni dan kakitangan UCS terus kekal utuh demi masa depan UiTM yang cemerlang.

Adalah menjadi harapan semua agar hubungan baik Alumni dan kakitangan UCS terus kekal utuh demi masa depan UiTM yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.