Alumni UiTM, Bekas ADUN Jabi meninggal dunia

Alumni UiTM, Bekas ADUN Jabi meninggal dunia

Alfatihah.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Lukman Muda, 54, meninggal dunia di Hospital Perempuan Raja Zainab (HPRZ) II, Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 10 malam tadi.

Allahyarham yang merupakan alumni Fakulti Komunikasi Massa 1985-88, meninggalkan dua balu dan enam anak.

Menurut Berita Harian, ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, memaklumkan bahawa Mohd Lukman meninggal dunia ketika menjalani rawatan di HPRZ II selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Beliau berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital kira-kira tiga minggu lalu dan keadaannya stabil selepas menerima rawatan.

“Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali tenat pada Isnin lalu,” katanya.

Mohd Iskandar berkata, jenazah dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Kampung Amir, Kampung Raja, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tanah, Kampung Tembila, Besut, selepas solat zuhur hari ini.

Allahyarham ADUN Jabi selama satu penggal dari 1995 hingga 1999.

Leave a Reply

Your email address will not be published.