UITM serah 116 permohonan akreditasi kepada MBOT

UITM serah 116 permohonan akreditasi kepada MBOT
PRESIDEN Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Tan Sri Ahmad Zaidee Laidin (tiga, kiri) dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Ameritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim (tig,a kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Penyerahan Dokumen Peralihan Akreditasi Program Akademik UiTM kepada MBOT di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam, hari ini. –fotoBERNAMA

 

SHAH ALAM — Universiti Teknologi Mara (UiTM)  menyerahkan sebanyak 116  permohonan akreditasi dalam bidang berkaitan teknologi kepada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi tujuan penilaian dan pengiktirafan.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim, berkata, sebanyak 55 program akademik peringkat diploma dan sarjana muda di universiti itu telah dikenal pasti dan memenuhi bidang teknologi yang diiktiraf MBOT.

“Pengiktirafan bagi program pengajian ini adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran dan penerimaan industri bagi graduan yang dilahirkan daripada program UiTM pada masa hadapan.

“ Selain itu, ia juga memberi peluang yang lebih luas kepada lepasan program pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyambung pengajian di UiTM,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Dokumen Peralihan Akreditasi Program Akademik Bidang Teknologi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Akreditasi Teknologis dan Teknikal (TTAC) MBOT, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Prof Dr Mohamad Kamal Harun.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.