Tun Dr Mahathir di ‘Ruang Bicara’ Bernama TV

Tun Dr Mahathir di ‘Ruang Bicara’ Bernama TV

KUALA LUMPUR, 21 April — Rancangan ‘Ruang Bicara’ Bernama TV pada Isnin, 21 April akan menonjolkan sesi temu ramah eksklusif dengan negarawan ulung, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sesi selama 90 minit ini akan dihoskan oleh Timbalan Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan Pengerusi Eksekutif Air Asia berhad, Datuk Kamarudin Meranun.

Antara lain, sesi akan menyaksikan Datuk Kamarudin mengajukan soalan berhubung kedudukan ekonomi orang Melayu masa kini.

Bernama TV boleh diakses menerusi saluran 502 ASTRO dan UniFi saluran 410.

Leave a Reply

Your email address will not be published.