Laporan Setiausaha Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAUiTM

Laporan Setiausaha Mesyuarat  Ahli Jawatankuasa PAUiTM

Seperti yang terkandung dalam Fasal 9.5 Perlembagaan Persatuan Alumni UiTM Malaysia, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah mengadakan beberapa mesyuarat seperti berikut :-

NO SIRI MESYUARAT AJK

SIRI 001/2013 — 8 Januari 2013
SIRI 002/2013 — 30 Januari 2013
SIRI 003/2013 — 20 Februari 2013
SIRI 004/2013 –13 Mac 2013
SIRI 005/2013 — 11 April 2013
SIRI 006/2013 — 8 Mei 2013
SIRI 007/2013 — 12 Jun 2013

MESYUARAT KHAS (UNTUK HOMECOMING 2013) — 20 Ogos 2013
SIRI 008/2013 — 23 Ogos 2013
SIRI 009/2013 — 11 September 2013
SIRI 010/2013 — 9 Oktober 2013
SIRI 011/2013 — 13 November 2013
SIRI 012/2013 — 12 Januari 2014

AKTIVITI

1. Kunjungan Hormat kepada Ybhg Tan Sri Naib Canselor UiTM

Barisan EXCO yang baru dilantik di Mesyuarat Agung ke 3 yang lalu telah mengambil peluang dalam membuka lebaran baru dan menyambut tahun baru 2013 dengan membuat kunjungan hormat ke pejabat Ybhg Naib Canselor UiTM pada 10hb Januari 2013. Selain dari majlis suai kenal dan perbincangan dua hala yang memberi menafaat kepada kedua pihak, di dalam pertemuan ini, Ybhg Naib Canselor dengan berbesar hati telah menewarkan peruntukan Pejabat Alumni di Kolej Melati, UiTM Shah Alam.

2. Kunjungan Hormat kepada Ybhg Pro Canselor UiTM, Ybhg Tan Sri Arshad Ayub

Barisan EXCO juga mengadakan kunjungan hormat kepada Ybhg Pro Canselor UiTM bersempena majlis suaikenal yang dikendalikan oleh ICAN, UiTM.

3. Penubuhan Pasukan Bolesepak Alumni UiTM FC

PAUiTM mencipta sejarah dengan mewujudkan Pasukan Bolasepak Alumni UiTM FC yang disertai oleh Alumni dan juga para pelajar lepasan Diploma Kursus Sains Sukan. Pasukan ini menyertai Liga UiTM dan mendapat tajaan penuh dari syarikat milik Alumni iaitu Olio Group.
Pasukan ini juga berjaya melayakkan diri ke Pertandingan separuh akhir Liga UiTM

4. Perjumpaan bersama EMKAY Group bagi program Kursus ‘Apperantice EMKAY’

Perjumpaan Khas ini diadakan dengan pihak Pengurusan Tertinggi EMKAY Group oleh EXCO PAUiTM yang disertai bersama oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Komuniti) atau ICAN UiTM. Tujuan bagi mendapatkan peluang-peluang pekerjaan untuk para graduan UiTM disemua syarikat-syarikat korporat yang bertempat di Cyberjaya di bawah program pembangunan korporat EMKAY.

5. Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Majlis yang tersebut di atas ini telah diadakan pada 28hb Mac 2013 sebagai meraikan kejayaan Pasukan Bolasepak Alumni FC. Majlis yang diadakan di Rumah Alumni ini telah ditaja oleh En Afandi Dolah salah seorang Alumni UiTM.

6. Majlis Ramah Mesra Alumni dan Presiden

Presiden telah mengadakan satu Majlis Ramah Mesra bersama Alumni dalam skop yang kecil di kediamannya. Majlis dengan konsep ’pot-luck’ ini berjaya mengumpul lebihkurang 30 orang Alumni dari pelbagai tahun dan bidang pengkhususan.

Adalah diharapkan agar EXCO dan Alumni lain dapat mencontohi aktiviti ini bagi merapatkan jurang perhubungan dan bertukar-tukar pendapat serta berkongsi ilmu demi kemajuan bersama khususnya anak bangsa.

7. Pertandingan Boling Alumni UiTM

Biro Sukan telah menganjurkan Kejohanan ini pada 27hb April 2013. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dari Alumni yang disertai oleh 34 pasukan. Kejohanan telah diadakan di Sunway Megalanes yang juga mendapat tajaan dari beberapa syarikat milik Alumni.

8. Wacana – Sessi bersama Alumni

Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni UiTM atau ICAN. Dua sessi telah diadakan pada 14hb Mei 2013 di UiTM Puncak Perdana dan 16hb Mei 2013 di UiTM Shah Alam.

9. Jalinan ICAN – ‘Top Student, Top Notch University’

Program ini juga diadakan dengan kerjasama Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni UiTM atau ICAN. Tujuan adalah bagi mengenal pasti pelajar-pelajar cemerlang untuk diberi peluang dan tempat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti tersohor di dunia. Di dalam hal ini, PAUiTM cuba mendapatkan tajaan pembelajaran dari MARA atau mana-mana syarikat milik Alumni yang tersohor di negara ini.

10. Kejohanan Boling Veteren Alumni UiTM

Biro Sukan PAUiTM juga telah menganjurkan aktiviti ini pada 9hb Jun 2013, bertempat di Alam Sentral Megalanes, Shah Alam. Program ini terbuka kepada semua Alumni UiTM berusia 50 tahun ke atas bagi lelaki dan 45 tahun ke atas bagi wanita. Ia juga mendapat sambutan hebat dengan penyertaan lebih dari 30 buah pasukan.

11. Program Bakti Di Semai Kasih Di Tuai

Biro Latihan & Pembangunan PAUiTM telah menganjurkan Program di atas bersempena dengan Bulan Ramadhan Al Mubarak. Bagi program ini, para penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Rantau Panjang Klang telah dipilih untuk mendapat bantuan pembelian pakaian bagi menyambut Aidil Fitri dan menerima infak hasil kutipan dari para dermawan terutamanya Alumni.

Anak-anak berumur antara 5 hingga 17 tahun seramai 45 orang telah dibawa ke AEON Bukit Raja Klang untuk membeli belah selanjutnya bersama-sama di Majlis Iftar dan solat Maghrib, Isya dan Tarawih bersama Alumni di kediaman mereka. Pada majlis ini salah seorang Alumni juga telah menyumbang kemudahan lima (5) unit komputer untuk kegunaan anak-anak tersebut.

12. Majlis Pelancaran Tabung Bantuan Banjir Alumni

Presiden PAUiTM bersama-sama dengan Ybhg Tan Sri Naib Canselor UiTM telah melancarkan Tabung ini bersempena dengan Majlis Aprisiasi ICAN pada 4hb Disember 2014. Tujuan penubuhan tabung ini bagi mengutip sumbangan dari semua Alumni atas rasa prihatin dan tanggungjawap sesama insan kepada mereka yang ditimpa banjir teruk terutama kepada para penduduk negeri Pahang dan Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.