Sumpah “Mempertegaskan UiTM Sebagai Wadah Bumiputera”

Sumpah “Mempertegaskan UiTM Sebagai Wadah Bumiputera”

DEKLARASI SHAH ALAM
SUMPAH ANAK PRIBUMI
“MEMPERTEGASKAN UiTM SEBAGAI WADAH BUMIPUTERA”

22 MEI 2014 , 5 PETANG
DI RUMAH ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
ANJURAN PERSATUAN ALUMNI UiTM MALAYSIA

BAHAWASANYA kami para Alumni Universiti Teknologi MARA di bawah payung Persatuan Alumni UiTM mewakili lebih 570,000 alumni seluruh negara berserta para siswa dan siswinya;

BAHAWASANYA kami menginsafi UiTM adalah institusi pendidikan tinggi bagi anak bangsa serta Bumiputera Sabah Sarawak yang ditubuhkan selaras dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial;

BAHAWASANYA kami menginsafi UiTM adalah institusi pendidikan anak bangsa serta Bumiputera Sabah dan Sarawak yang bernaung dibawah Seri Paduka Baginda YDP Agong sebagai Canselor;

MAKA KAMI DENGAN INI menyatakan pendirian:

1. Bahawa kami mengutuk keras perbuatan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan dan menggugat kedudukan dan kedaulatan UiTM sebagai institusi pendidikan anak bangsa serta Bumiputera Sabah Sarawak yang sah berdiri di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah naungan SPB YDP Agong;

2. Bahawa kedaulatan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi anak bangsa dan Bumiputera akan kami pertahankan dengan segala kekuatan berdasarkan peruntukkan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada;

3. Bahawa mana-mana pihak yang cuba mempertikai atau menggugat kedudukan UiTM kami anggap sebagai penderhaka dan adalah musuh negara yang wajib ditentang habis-habisan;

4. Bahawa kami memberi amaran akan bertindak dengan keras dan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba memainkan isu perkauman dengan mempertikai atau menggugat kedudukan UITM;

5. Bahawa kami tetap menghormati dan mendukung keluhuran Perlembagaan dan persefahaman kontrak sosial yang dijalin antara kaum dalam negara ini, tetapi di waktu yang sama tetap akan mempertahankan hak dan kepentingan kami, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan undang-undang negara hingga ke titisan darah terakhir;

MAKA DENGAN ITU KAMI menyeru semua pihak supaya:

1. Menghentikan dengan serta-merta segala perbuatan dan tindakan cuba mempertikai dan menggugat kedudukan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi anak bangsa serta Bumiputera Sabah dan Sarawak;

2. Menghentikan meniup api perkauman dan sentimen anti-Melayu dan anti-bumiputera dengan mempertikai dan menggugat kedudukan UiTM disebabkan keceluparan Dyana Sofya, calon DAP Parlimen Teluk Intan, yang mensahihkan kata-kata orang tua-tua “kerana nila setitik rosak susu sebelanga” ;

3. Meningkatkan semangat toleransi perkauman dan persefahaman antara kaum yang menjadi asas perpaduan dan keharmonian yang dinikmati selama ini;

DIPERINGATKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA:
Toleransi dalam institusi pendidikan yang dicapai antara kaum di Malaysia serta Kontrak Sosial yang dicapai secara bersama menyebabkan kaum Cina dan India memahami bahawa UiTM perlu diwujudkan untuk orang Melayu dan Bumiputera.
Namun kontrak sosial ini sering dilupai sehingga menggerakkan Raja-Raja Melayu beberapa kali mengingatkan kita sejak kebelakangan ini.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak istimewa orang Melayu Bumiputera Sabah dan Sarawak, kedudukan istimewa Islam dan Raja-Raja Melayu terletak di tempat tinggi, sehinggakan peruntukan Perlembagaan berhubung perkara ini tidak boleh dipinda walaupun mendapat sokongan dua pertiga Parlimen.

Perkara 153 juga mengisytiharkan adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Ini dilakukan dengan kewujudan UiTM malah YDP Agong juga merupakan Cancelor UiTM.

Begitu juga Yang di-Pertuan Agung boleh memastikan rizab bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain.

Penubuhan UiTM juga selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat untuk mengimbangi dari segi ekuiti, profesional dan juga sumber manusia dalam bidang industri dan swasta antara kaum-kaum utama di Malaysia.
AKHIR KALAM:

SEBAGAI ALUMNI DAN WARGA UiTM, KAMI BERTERIMA KASIH, BERSYUKUR DAN MENGINSAFI BAHAWA BANYAK JASA UiTM KEPADA UMAT MELAYU, PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK SERTA BUMIPUTERA YANG LAIN.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN DEKLARASI

Penubuhan UiTM TERMAKTUB DI BAWAH AKTA 173. UiTM ditubuhkan di atas dasar semangat AKTA 153, iaitu sebagai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Ia bukan dalam erti kata tuan dan hamba, tetapi lebih kepada penghormatan sebagai anak watan. Sehingga kini, terdapat 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Maka apa yang didakwa bahawa UiTM hanya untuk orang Melayu adalah salah kerana pelajarnya juga terdiri daripda bukan Melayu iaitu Pribumi dari Sabah dan Sarawak.
Penubuhan UiTM juga selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat untuk mengimbangi dari segi ekuiti, profesional dan juga sumber manusia dalam bidang industri dan swasta antara kaum-kaum utama di Malaysia .

Apa motif sebenar kenyataan menyentuh UiTM? Kenapa kenyataan sebegini dilemparkan sedangkan UiTM telah wujud sejak 1956 lagi. UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi dan terus mengembangkan sayap ke seluruh negara, dengan memiliki sebanyak 15 buah kampus cawangan, sembilan kampus kota, tiga kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu, serta sebuah kampus pintar yang bakal didirikan.

Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 17,000 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 300 program akademik dalam suasana kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi hampir 172,000 orang pelajar.

Memang tidak dinafikan bahawa UiTM sangat komited dalam membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat akademik tertinggi, selain juga dalam persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Wawasannya ialah untuk memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik, agar mampu memimpin dalam apa juga arena.

Sejak 1980, UiTM telah membantu pelajar bukan Melayu, termasuk Cina dan India dalam program pra luar negara (INTEC UiTM). Program kerjasama JPA/MARA/PETRONAS telah menghantar puluhan ribu pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara, seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia dan sebagainya. Begitu juga progam A-Level di German melibatkan ribuan pelajar bukan Melayu. Fakta ini menunjukkan bahawa UiTM telah lama membantu pelajar bukan Melayu dalam pendidikan nasional.

Persoalannya berapa pula Orang Melayu yang diusahakan oleh UNITAR atau KTAR?

DAKWAAN

UiTM bukan milik UMNO atau Barisan Nasional dan para pelajarnya tidak perlu terikat kepada parti itu.

Sememangnya UiTM ditubuhkan oleh pejuang UMNO sebelum ini. Malah ITM juga dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak, dan kemudian dinaikkan ke taraf universiti oleh Tun Mahathir Mohammad.

Sememangnya tiada mana-mana akta atau arahan bahawa pelajar UiTM perlu terikat dengan parti. UiTM tetap mendokong demokrasi. Namun atas dasar orang yang tahu mengenang budi dan tahu membalas budi maka menjadi hak pelajar untuk menyokong BN dan UMNO.

Sementelah pemerintah Kerajaan Pusat sekarang adalah Kerajaan BN sejak dahulu hingga kini, maka UiTM akur dan mempunyai aspirasi yang sama.
DAKWAAN

Pelajar UiTM terdiri daripada pelajar dalam kalangan ibu bapa yang kaya dan berpendapatan tinggi.

Dakwaan melulu dan tidak berasas sama sekali. Semua maklum bahawa UiTM sememangnya diwujudkan untuk membela nasib Orang Melayu dan Bumiputera yang kurang berkemampuan membaiki potensi diri.

Sebenarnya program pra-diploma khusus untuk mereka yang kurang bernasib baik telah diwujudkan sekian lama dengan penubuhan UiTM itu sendiri. Setakat ini lebih 55,000 dihasilkan oleh program ini.

UiTM telah menubuhkan program Destini Anak Bangsa (MDAB) khusus untuk pelajar miskin tegar melanjutkan pelajaran ke peringkat progam pra diploma. Sejak 2010, melalui program ini UiTM telah menghasilkan 35,000 alumni MDAB. Program ini berjaya menyelamatkan anak bangsa yang kurang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia untuk meneruskan pengajian dengan ditanggung sepenuhnya oleh UiTM.

Malah UiTM juga membantu dalam penubuhan MDAIM, khusus untuk anak-anak kaum India dengan kerjasama MIC. Juga penubuhan MDOA (Mengubah Destini Anak Orang Asli) seperti yang dilakukan dalam MDAB.

Kini UiTM berbangga kerana mempelopori progam khusus untuk anak miskin di bawah Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Semoganya dilakukan dengan sedar bahawa jika anak-anak ini dibimbing digilap, mereka akan Berjaya pada masa akan datang.
TERIMA KASIH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.