Alumni sentiasa bersama Nurul Zatul ‘Iffah Zamani

Alumni sentiasa bersama Nurul Zatul ‘Iffah Zamani

KUALA LUMPUR — Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA PAUiTM   sedang mengusahakan untuk membiayai prosedur pembedahan ke atas seorang  pelajar UiTM Shah Alam   yang memerlukan kos berjumlah RM3,000 di Hospital Putrajaya pada 29 Mei ini.

Pelajar berkenaan, Nurul Zatul ‘Iffah binti Zamani , 23, yang dilahir pada 19 Mac 1991  di Hospital Universiti Petaling Jaya adalah siswi semester  5,  jurusan Keusahawanan.

Anak sulung daripada empat beradik ini anak kepada pasangan  Zamani Zainuddin, 45, pegawai di Public Bank Bhd dan Suria Mohd Ali, 44, Setiausaha di Mines Wellness  Hotel.

Nurul Zatul ‘Iffah atau  lebih mesra dengan panggilan `Iffah’ ketika ditemui di kolej kediamannya kelihatan tenang serta ceria dan langsung tidak menampakkan penderitaan yang dialaminya sebagai pengidap kanser.

Menurut Iffah, hatinya tiba-tiba tergerak untuk membuat pemeriksaan terhadap payudaranya sekitar penghujung September tahun lalu dan dia agak terkejut apabila medapati terdapat ketulan sebesar wang syiling 20sen pada payudara sebelah kiri. Menyedarinya sebagai  sesuatu yang  perlu diambil berat dan atas dasar ingin tahu Iffah telah pergi  sendiri ke Pusat Kesihatan Bangi untuk menjalani pemeriksaan.

Iffah kemudian dirujuk kepada Bahagian Pakar Pembedahan Hospital Serdang untuk  pemeriksaan lanjut.

Kira-kira dua minggu kemudian  dia menjalani prosedur ultrasound dan FNCA di hospital tersebut sebagai salah satu prosedur rawatan.  FNCA  adalah satu proses yang menyakitkan, dimana sebuah jarum yang besar disuntik  ke bahagian ketulan untuk mendapatkan sel.

Menurutnya  setelah menjalani FNCA ,  kesakitan mula terasa di bahagian payudara tersebut dan menjadi semakin kerap  Menurutnya  lagi, keluarga dan dirinya sendiri amat terperanjat apabila diberitahu bahawa hasil pemeriksaan tersebut  adalah negatif dan dia diarahkan untuk membuat biopsy di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan segera untuk memastikan samada ketulan itu cyst atau kanser ,

Dua minggu selepas itu, berdasarkan  hasil laporan, Iffah telah disahkan menghidap kanser payudara peringkat ke-2.  Pengesahan doktor pada hari itu amat memeranjatkan kerana menurut Iffah tiada ada seorang pun di kalangan ahli keluarganya  menghidap penyakit tersebut.

Berita tersebut juga amat mengecewakan Encik Zamani, sebagai seorang ayah yang pada awalnya agak sukar untuk menerima hakikat tersebut.  Bagaimanapun Iffah seorang anak yang bersifat positif dan itulah yang menaikkan kembali semangat ahli-ahli keluarga tersayang Iffah.

Iffah juga amat bertuah kerana dikelilingi ahli-ahli keluarga, rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah yang memahami situasi yang dihadapinya dan sentiasa memberi sokongan.

Iffah menjalani kimoterapinya  tiga minggu sekali, dengan yang pertama pada 30 Disember 2013. Sepanjang kimoterapinya beliau merasa lemah dan terpaksa menangguh pelajarannya di semester 4 ketika itu.

Selepas enam kali kimoterapi, kini Iffah bersedia untuk menjalani pembedahan pada penghujung Mei ini, disamping kansernya telah masuk ke peringkat ke-3.

Bila ditanya tentang perasaannya ketika ini Iffah menyatakan, dia tetap bersyukur dengan apa yang dilaluinya, kerana menurutnya ada pesakit  kanser lain yang mengalami nasib yang lebih malang seperti penghidap kanser otak atau kanser rahim  misalnya kerana itu lebih berbahaya.

Bila ditanya tentang cita-cita , Iffah bercadang untuk membuka perniagaan dobi berkonsepkan kafe internet, sebagai sebuah perniagaan baru pada depan.

Bagi mana-mana pihak yang ingin menghulur sumbangan kepada beliau, wang tunai boleh di masukkan ke akaun.

Kepada yang ingin membantu, akaun bank beliau adalah seperti berikut:

Bank Islam: 1202-902-0803-013   — Nurul Zatul Iffah Zamani

Laporan oleh:
Yusnita Azali,
Wartawan PAUiTM,

Leave a Reply

Your email address will not be published.