UiTM, UniCLIQ anjur program kemahiran 3-D/ Visualisasi

UiTM, UniCLIQ anjur program kemahiran 3-D/ Visualisasi

Persatuan Alumni mengadakan kerjasama dengan UiTM dan UniCLIQ Sdn  Bhd untuk program pembangunan kemahiran dalam bidang 3-D dan Visualisasi berasaskan perisian BLENDER.

Program ini bertujuan membantu memperkasa generasi muda  dalam bidang Ekonomi Digital dan Kreatif, terutama Alumni UiTM yang sedang menuntut atau yang telah tamat pengajian. Program ini juga  akan dapat memberi kemahiran dan membantu peserta untuk memperoleh nilai-nilai kemudahpasaran (marketability) atau membangun sebagai seorang usahawan (self- employed).

Tiada sebarang kelayakan asas diperlukan bagi peserta untuk mengikuti kursus ini, kecuali minat yang tinggi (passion) dalam bidang kreatif 3-D dan Visualisasi.


Kumpulan pertama kursus telah dianjurkan untuk seramai 17 peserta  dari pelbagai fakulti, termasuki fakulti Matematik, Seni Bina/Seni Reka, Perakaunan, Sains Gunaan serta Pengurusan Hotel. Melalui kursus ini, peserta diberi pendedahan dan latihan untuk lapan modul asas 3D dan Visualisasi, termasuk modelling, texturing, shading, compositing, rigging, animation, dynamic dan lighting. Latihan diberi melalui kaedah tunjuk ajar dalam kelas dan secara atas talian (online), mengikut masa yang sesuai bagi peserta.

Di akhir program, peserta dianugerahkan Sijil Kelayakan 3-D dan Visualisasi dari Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM.


Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, telah menyampaikan sijil kelayakan dari UiTM pada majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM) di Putrajaya pada 14 April lalu.

hadiyah

Salah seorang peserta yang menamatkan kursus dianugerahkan sijil kemahiran oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

Salah seorang peserta yang menamatkan kursus dianugerahkan sijil kemahiran oleh Menteri Pendidikan II        

Persatuan Alumni UiTM berpendapat bahawa tenaga kerja yang mahir dalam bidang visualisasi 3-D amat berkurangan di kalangan Bumiputera. Dengan jangkaan sumbangan ekonomi digital negara berjumlah RM294 bilion menjelang 2020 (sumbangan sebanyak 17 peratus kepada KDNK negara), maka pihak PAUiTM mengambil inisiatif untuk melatih tenaga kerja mahir dalam bidang ini.

PihakPAUiTM percaya dengan tiga teras utama yang diwar-warkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membentuk hala tuju ekonomi digital di Malaysia, iaitu pertama mewujudkan permintaan, kedua, hasil inovatif, iaitu daripada penggunaan hingga kepada pengeluaran bahan digital berinovasi, dan ketiga, perkembangan pengetahuan dari yang rendah kepada yang tinggi, akan dapat menjamin perkembangan ekonomi di kalangan alumni .

Untuk maklumat dan pendaftaran percuma sila layari :

http://www.unicliq.com/index.php?option=com_content&view=article&id=30&Itemid=60&lang=en

 

— Dato Zaini Hassan, Presiden Persatuan Alumni UiTM

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.