50 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah Keracunan Makanan

50 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah Keracunan Makanan

ALOR SETAR: Seramai 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah di sini, mengalami keracunan makanan setelah meminum air kotak yang diberi secara percuma, petang Rabu.

Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, pihak hospital menerima panggilan pada pukul 4.45 petang dan doktor daripada jabatan kecemasan hospital telah pergi ke sekolah berkenaan untuk memberikan rawatan.

Beliau berkata, seramai 26 pelajar telah dimasukkan ke wad khas di HSB kira-kira pukul 1 pagi Khamis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan mangsa yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima itu meminum air kotak Nescafe kopi susu sebelum mengadu mengalami sakit kepala, sakit perut dan muntah.

“Semua pelajar sudah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil dan pihak hospital sudah mengambil keterangan semua pelajar dan sampel air minuman untuk pemeriksaan,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

-MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.