Penulis/Wartawan Terkenal AS Akan Beri Ceramah Kewartawanan Penyiasatan

Penulis/Wartawan Terkenal AS Akan Beri Ceramah Kewartawanan Penyiasatan

KUALA LUMPUR — Penulis dan wartawan terkenal Anya Schiffrin dari Amerika Syarikat dijadual menyampaikan ceramah mengenai kewartawanan penyiasatan di sini pada Isnin.

Schiffrin, 51, yang juga pengarah program media dan komunikasi di School of International and Public Affairs, Universiti Columbia telah 10 tahun bertugas sebagai wartawan di Eropah dan Asia.

Ceramah pada majlis makan tengah hari itu, anjuran Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, akan diadakan di Pusat Kecemerlangan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini, kata Presiden NPC Mokhtar Hussain.

Schiffrin, yang merupakan editor buku yang diterbitkan baru-baru ini – ‘Global Muckraking – 100 Years of Investigative Journalism from Around the World’, akan juga menjawab soalan daripada peserta, katanya.

Mokhtar berkata tetamu pada ceramah itu akan termasuk wartawan kanan dan yang baru menceburi bidang kewartawanan serta pelajar kewartawanan daripada beberapa universiti.

Schiffrin juga ialah editor buku ‘Bad News: How America’s Business Press Missed the Story of the Century’ serta editor bersama, dengan Eamon Kircher-Allen bagi buku “From Cairo to Wall Street: Voices from the Global Spring’.

Leave a Reply

Your email address will not be published.