Majlis Sumbangsih Tabung Pendidikan 1 Bilion UiTM

Majlis Sumbangsih Tabung Pendidikan 1 Bilion UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah institusi keramat Bumiputera semenjak sekian lama, dan semalam sewaktu menghadiri Majlis Sumbangsih Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia, saya telah menyatakan persetujuan untuk menganugerahkan
status autonomi kepada setiap kampus UiTM supaya urus tadbir universiti lebih efisien dan berkemampuan untuk mengendalikan institusi yang besar.

Dalam majlis sama, saya turut menekankan bahawa walaupun Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan tertinggi bagi pendidikan, kita tidak boleh menganggap ia sebagai mapan dan perlu mencari sumber lain. Melalui TP1B, UiTM kini menjadi pelopor kepada budaya endowment atau memberi balik, dan saya yakin ia akan menjadi penyumbang besar kepada UiTM dan kepada generasi pelajar Bumiputera untuk tahun-tahun yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.