Cara pembelajaran tarik minat pelajar menyukai matematik, bahasa Inggeris 

Cara pembelajaran tarik minat pelajar menyukai matematik, bahasa Inggeris 

 

Oleh Norila Daud

Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris bukan sahaja penting

untuk seseorang pelajar lulus dalam peperiksaan malah kebolehan itu perlu dijadikan sebagai jambatan yang menghubungkan antara alam persekolahan dan pekerjaan.

Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Leele Susana Jamian berkata, semua pihak yang bertanggungjawab perlu memberi kesedaran kepada para pelajar dari awal lagi tentang pentingnya menguasai bahasa Inggeris dari alam persekolahan sehingga ke dunia pekerjaan.

Menurut Leele, untuk memperoleh kemahiran dalam bahasa Inggeris, seseorang itu perlu menambah dan meningkatkan pengetahuan dalam bahasa itu menerusi pembacaan, pertuturan, penulisan dan pendengaran.

 

Dr. Nasir 2

Prof. Madya Dr. Nasir Khalid

 

“Seseorang itu perlu menjiwainya menerusi pembacaan dan pendengaran bagi memantapkan input kepada penstukturan bahasa Inggeris ,” katanya selepas sessi “Oh My English” yang disertai 47 pelajar  Kem Pintar TP1B/PAUiTM 2016 di UiTM, Puncak Alam semalam.

Sessi itu juga menyelitkan tayangan video mengenai budaya membaca yang diterapkan kepada anak-anak yang masih kecil di luar negara.

Pada sessi itu, Leele turut membimbing para pelajar cara-cara mudah, tepat dan cepat untuk menulis esei buat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Para pelajar perlu diberi motivasi dan mengajar cara-cara betul bagi membantu mereka menjawab soalan dengan baik.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Nasir Khalid yang mengajar matematik tambahan bertajuk “Numbers Anyone?” pada Kem Pintar TP1B itu menggamatkan suasana kelas dengan meminta pelajar memberi jawapan secara spontan apabila diajukan soalan.

Mohd. Nasir yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun mengajar matematik di UiTM kini merupakan pensyarah di Fakulti Komputer dan Sains Matematik di universiti itu. Beliau tidak mahu pelajar menjawab dengan layu malahan meminta mereka member jawapan dengan bertenaga dan penuh yakin.

“Mengapa lemah sahaja suara, tidak mahu begitu, kata ya dengan bertenaga,” katanya sambil meninggikan suara meminta mereka sentiasa cergas dan suka pada matematik.

Beliau juga berseloroh sambil berkata, dalam menjawab soalan ikut sahaja apa yang dikehendaki dan menggunakan prosedur yang betul. Jika tidak mengikut cara yang ditetapkan jawapan yang tepat tidak akan diperoleh.-ends

Mohd. Nasir sering dijemput untuk memberi ceramah di Seminar Matematik Tambahan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi memperbaiki tahap dan pencapaian keputusan matematik di sekolah-sekolah menengah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.