Dr Hassan Said Pengerusi Baharu Yayasan Budiman (YBUiTM)

Dr Hassan Said Pengerusi Baharu Yayasan Budiman (YBUiTM)

 

SHAH ALAM, 22 Ogos — Sekumpulan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Budiman Universiti Teknologi MARA (YBUiTM) hari ini mengadakan pertemuan rasmi dengan Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said di Bangunan Canseleri.

YBUiTM diketuai oleh Datuk Dr Abdul Razak Abdul, yang juga Pengarah Urusan Federal Power Sdn. Bhd.

d195a765-69c2-4d0a-bfb6-711788f4b814

5680deb6-78a3-490e-be78-53d5becc308e

Tujuan kunjungan selain bersuai-kenal dengan Naib Canselor baharu itu juga bagi menyerahkan surat pelantikan Hassan selaku pengerusi YBUiTM.

Pengerusi terdahulu ialah Prof Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Abu Bakar.

Dalam ucapannya Datuk Dr Hassan melahirkan rasa bangga dan hormat di atas pelantikan itu.

“Kita akan cuba sedaya upaya membantu meningkatkan yayasan ini dari segi kewangan dan fungsinya supaya lebih berkesan lagi,” katanya.

3bc2701e-2e1f-43ba-9348-34e6b00d30ae

c0241133-d2c3-4090-9021-2ef5d1dc1004

3de72456-97ec-4b61-85a2-a9c5d7b9d688

50035ed2-de82-43b6-b7b7-ad296eed97d8
edafaf9a-9059-4472-b53f-10c5c3eade81

ca602e13-4c06-4647-b05a-b5cff5d9d406

f7aba95c-f6e6-46ff-8585-f143ff13d067

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Aminar Rashid Salleh yang juga, Datuk Zulkiflee Abass Abdul Hamid (bekas Group CEO Affin Bank Berhad), Timbalan Pengarang Urusan Media Prima Datuk Manja Ismail dan Datuk Zaini Hassan selaku Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) yang juga Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.