Alumni, Bekas Pengarah Pengiklan dan Jualan NSTP meninggal dunia

Alumni, Bekas Pengarah Pengiklan dan Jualan NSTP meninggal dunia

 

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

 

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Pengiklan dan Jualan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Badrul Hisham Mahzan, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pagi tadi.

Allahyarham yang juga alumni UiTM menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.45 pagi selepas sembilan hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital KPJ Damansara di sini.

df468b41-d814-4bc0-8d4e-b7b50e2c8dde

 

Badrul, 57, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Adiknya, Imran Mahzan berkata, jenazah abangnya disembahyangkan di Masjid Kampung Baru sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Zohor hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.