Persatuan

logo

PENGENALAN
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Malaysia 2008 (PAUiTM) telah di tubuhkan pada 7hb April 2009, ini merupakan Persatuan induk yang menaungi Persatuan dalam UiTM keseluruhannya. Persatuan ini mempunyai bahagian administratif sendiri yang beralamat NO 11B, JALAN NELAYAN 19/A SEKSYEN 19 SHAH ALAM 40300, SELANGOR.

TUJUAN/MATLAMAT
Jasa dan peranan UiTM yang telah melahirkan lebih daripada 362,000 graduan sejak penubuhannya adalah amat besar. Hakikat itu tidak boleh dinafikan dari sudut sejarah, angka mahu pun kajian empirikal. UiTM telah berjaya menjadi sebuah institusi kebanggaan dan harapan bangsa. Ia juga berjaya muncul sebagai satu `breeding ground’ dalam melahirkan para profesional dan separa profesional Melayu dan Bumiputera. Alumninya kini berada di merata-rata tempat dalam menyumbang kepakaran masing-masing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Antara matlamat penubuhan Persatuan Alumni UiTM ialah:-

  1. Mewujudkan hubungan saintifik, sosial dan kebudayaan di kalangan ahli;
  2. Mewujudkan interaksi di kalangan ahli;
  3. Mewujudkan saluran komunikasi di antara Universiti Teknolgi MARA (UiTM) dan bekas siswazah;
  4. Mengambil bahagian aktif dalam pembangunan intelektual, pembangunan ekonomi dan sosio-politik Malaysia;
  5. Membantu menyumbang kepada beberapa skim kebajikan dan pelajar sama ada dalam bentuk kewangan mahupun bukan kewangan.
  6. Menjalankan kegiatan sukan, rekreasi dan kebajikan yang dapat memberi kebaikan kepada ahli.

Persatuan Alumni UiTM telah membentuk tujuh (7) portfolio penting dalam menggerakkan aktivitinya:

  1. Pembangunan Ekonomi
  2. Penyelidikan dan Latihan
  3. Keahlian dan Jaringan
  4. Media dan Penerbitan
  5. ICT dan Pangkalan Data
  6. Wacana Intelek dan Acara
  7. Kebajikan dan Sukan

Adalah menjadi hasrat persatuan memantapkan, memanfaatkan dan menggerakkan ahli-ahlinya untuk terus menabur bakti di negara ini.